Posts

Tun Mahathir Sedia Bantu Pulihkan Hubungan Korea Utara Dengan Malaysia

Image
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara, sekalipun telah terjalin sejak 1973, tapi hanya mula menjadi rapat pada era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Pada tahun 2002, pemimpin nombor dua Korea Utara, Kim Yong Nam, datang melawat Malaysia – kunjungan pertama seumpamanya oleh pemimpin negara itu ke negara ini.  Setahun selepas itu – ketika Tun Mahathir masih Perdana Menteri, kedua-dua negara membuka kedutaan di negara masing-masing. Secara mudahnya, Tun Mahathir mungkin bukan pemimpin yang membuka hubungan diplomatik dengan Korea Utara tapi beliau adalah pemimpin Malaysia pertama yang merapatkan hubungan antara dua buah negara ini. Justeru, tidak dapat tidak, dalam krisis dengan Korea Utara sekarang,  pengaruh Tun Mahathir ke atas negara itu tidak boleh diketepikan. Maka itu, ada cadangan agar Tun Mahathir masuk campur dalam soal 11 warganegara Malaysia yang tidak dibenarkan keluar dari Korea Utara sekarang kerana pentadbiran...

Hanya Wali Yang Kenal Wali

Image
3 tahun yang lalu Saya memulai tulisan ini dengan doa, “Yang Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Memberi Petunjuk, tuntun dan bimbilah kami agar mengenal salah seorang kekasih-Mu di muka bumi ini sehingga atas bimbingan kekasih-Mu kami bias mengenal Engkau sebagai mana diri-Mu ingin dikenal, Amin”. Imam Al-Ghazali ketika ditanya tentang Seorang Pembimbing Rohani, Guru Mursyid yang tidak lain adalah seorang Wali Allah, Beliau berkata, “Menemukan Guru Mursyid itu Lebih mudah menemukan sebatang jarum yang disembunyikan di padang pasir yang gelap gulita”. Bisa kita bayangkan bagaimana sulitnya menemukan sebatang jarum ditengah padang pasir di gelap gulita, dalam kondisi terang pun akan sulit menemukannya. Ungkapan Al-Ghazali yang digelar sebagai “Hujjatul Islam” tidaklah berlebihan, coba kita simak beberapa dalil berikut tentang Wali Allah : Dalam hadits Qudsi, “Allah berfirman yang artinya: “Para Wali-Ku itu ada dibawah naungan-Ku, tiada yang mengenal mereka dan...

Apa Nak Buat Kalau Voucher Br1m Hilang?

Image
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, terdapat dua sebab mengapa mereka menipu iaitu berbaris dua kali dan mengaku baucar mereka telah hilang. Kementerian juga sedar akan apa yang berlaku dan meminta mereka untuk bayar semula. “Ada dua sebab kenapa ini berlaku pertama mereka ingin menipu. Ada yang berbaris dua kali dengan tujuan untuk mendapat baucar sekali lagi. “Kedua, mereka mengaku baucar hilang dan pergi ke pejabat daerah untuk minta gantian. Ini adalah tidak beretika dan tidak bagus. “Kami tulis surat dan dah dapat bayaran balik. Daripada 6,576 orang kami dapat balik dari 1,806 orang. “Ada yang merayu untuk bayar balik secara ansuran, yang tidak bayar balik nama mereka akan disenarai hitamkan dari menerima BR1M yang seterusnya,” katanya. Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pula membangkitkan isu langkah-langkah kementerian untuk mengelak penerima daripada menipu. “Kami akan salur ke akaun penerima dengan menggalakan pemohon memberi nombor akaun bank semasa mengemaskini untuk...

Berapa Pengunjung Maybank2u.com Sehari?

Image
KUALA LUMPUR – Maybank2u.com, mudah.my, airsia.com, cimbcliks.com.my, cari.com.my dan malaysiaairlines.com laman web tempatan mencatatkan bilangan pengunjung menggunakan komputer paling ramai sepanjang Oktober lalu. Persatuan Digital Malaysia (MDA) dalam satu kenyataan memberitahu, Maybank2u.com menerima seramai 2,812,000 pengunjung, mudah.my (1,943,000), airasia.com (1,435,000), cimbclikcs.com.my (1,298,000), cari.com.my (1,215,000) dan malaysiaairlines.com (995,000). Laman web tempatan seterusnya yang menerima bilangan pengunjung teramai adalah thestar.com.my (920,000), hmetro.com.my (857,000), sinarharian.com.my (811,000), pbebank.com (751,000), themalaysianinsider.com.my (720,000), lowyat.net (696,000), therakyatpost.com (683,000), bharian.com.my (678,000) dan jobstreet.com (667,000). Ranking seterusnya malaysiakini.com (634,000), lelong.com.my (631,000). utusan.com.my (603,000), paultan.org (597,000), digi.com.my (595,000), astroawani.com (552,000), maxis.com.my (532,00...

Tawaran Belajar Percuma Di Tahfiz, Tempat Terhad!

Image
Kemasukan Pelajar di bawah TAJAAN TAHFIZ. Maahad Tahfiz Sains Ad-Dawwamah membuka tawaran kepada anak² tuan/puan yang berminat dalam bidang al-Quraan dan agama utk mendaftar di Maahad Tahfiz ini secara percuma di bawah tajaan kerabat di raja Perak. Kelebihan di Maahad Tahfiz Sains Ad-Dawwamah ialah : 1:Kelas Nasyid/Qasidah di adakan pada setiap petang. 2:Pembelajaran kitab Id'hadi n Thanawi pada sebelah petang. 3:Latihan berdakwah di hadapan pelajar. 4:Belajar membaca kitab Mawlid Di'yaul Lamik, karangan Al-Habib Umar bin Hafidz. (Tarim, Hadramaut, Yemen) 5:Berpeluang melanjutkan pelajaran ke USAS (Universiti Sultan Azlan Shah) dan universiti luar negara. 6:Kelas Bahasa Arab Komunikasi. 7l Mengikuti siri lawatan percuma di beberapa tempat menarik di Malaysia dan luar negara. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi atau whatsapp kepada : +60123537313 (Ust. Azmir) Terima Kasih atas sokongan tuan/puan. ((Tempat terhad & T&S)) ((Hebahkan pada y...

Umur 40, 60 & 70 Tahun

Image
✍ *Umur 40, 60 & 70 Tahun * Umur 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja. Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya. Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti. Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru. Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman ...

Video Rakaman 8 Remaja Berbasikal Maut

Image
Video Rakaman 8 Remaja Maut