Posts

Showing posts with the label perompak

Pengawal Keselamatan (Yang Merompak) Ditahan Di LCCT

Image
Pengawal Keselamatan Rompak Kedai Emas Yang Ditangkap Di LCCT| TAHNIAH kepada pasukan khas polis yang berjaya menyiasat dan seterusnya menahan susupek utama pengawal keselamatan yang disyaki menyamun kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Setapak, Khamis lepas. Dia ditahan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang semalam. Lelaki rakyat Filipina berusia 27 tahun itu ditahan pada pukul 7 pagi bersama seorang rakannya yang juga rakyat Filipina ketika menunggu penerbangan untuk ke Sabah. Kedua-dua lelaki yang didapati menggunakan kad pengenalan palsu itu ditahan di sebuah restoran makanan segera di lapangan terbang berkenaan. Suspek utama berusia 27 tahun itu mengaku melakukan samun di kedai emas berkenaan. Hasil siasatan lanjut, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di Pandan Jaya. Ia membawa kepada penemuan sepucuk pistol Smith and Wesson, lima butir peluru, satu sarung pistol dan beberapa tag harga rantai. Suspek utama dan rakannya berusia 28 tahun itu me...

Pegawai Bank Ambank Ditembak Mati Pengawal Keselamatan Yang Merompak

Image
mangsa Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit. Kejadian rompakan yang mengorbankan nyawa seorang pekerja Ambank. Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun yang bertugas di Ambank maut akibat ditembak di kepalanya oleh seorang pengawal keselamatan yang merompak wang di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di Jalan USJ 2 Sentral petang ini.   Gambar suspek yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup. Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, difahamkan memasuki bilik berkenaan bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang. Menurut Utusan Malaysia, suspek berusia 37 tahun kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang setakat ini belum dapat dipastikan jumlahnya. gambar ic suspek  

Perompak Insaf Kembalikan Duit Yang Di Curi

Image
  Hampir 12 tahun selepas melakukan rompakan disebuah kedai di Nashville, Tennasse, seorang perompak telah mengambil keputusan untuk memulangkan kembali wang yang dicurinya sebanyak $400 dan meminta maaf kepada tuan punya kedai. Perompak yang tidak dikenali ini telah meninggalkan wang yang dicurinya dan nota meminta maaf kepada InterAsian Market & Deli pada hari Jumaat lapor News Channel 5. Lelaki yang mengaku sebagai penagih dadah itu berkata, saya mesti membetulkan kesalahan kepada orang yang saya telah sakiti pada masa lalu, dan berharap mereka menerima wang yang dipulangkan dan permohonan maaf darinya. InterAsian Market telah menyiarkan gambar nota daripada perompak tersebut di Instagram dan Twitter. Ini benar-benar menjadi sumber inspirasi dan mengingatkan kita bahawa terdapat banyak orang-orang baik di dunia ini. Kepada orang yang tanpa nama, kami ingin memberitahu anda telah dimaafkan dan mengucapkan terima kasih untuk nota anda. Kami tidak mengambil berat ...