Posts

Showing posts with the label Herald

The Herald Dilarang Guna Kalimah Allah

Image
  Laungan takbir memenuhi ruang udara Istana Kehakiman, Putrajaya apabila Mahkamah Rayuan memutuskan akhbar mingguan terbitan gereja, Herald dilarang menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kepada tuhan bagi agama Kristian dalam penerbitan edisi Bahasa Melayu. Ratusan orang yang menunggu seawal jam 7 pagi menyambut berita itu dengan rasa terharu dan bersyukur. Majoriti mereka terdiri daripada orang awam dan anggota pelbagai NGO terutama melibatkan bangsa Melayu dan Islam. Keputusan dibacakan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga hakim yang turut terdiri daripada Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh. Bagaimanapun, pihak gereja masih boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan sekiranya keputusan bercanggah dengan kepentingan umum dalam masa 30 hari. Ketika rayuan pada 10 September lalu, peguam kerajaan, Suzana Atan telah berhujah menyatakan Mahkamah Tinggi terkhilaf kerana keputusannya membe...