Masjid Songsang Rasmi Hari Ini
Cape Town: Seorang ahli akademik akan meneruskan rancangan merasmikan apa yang dipanggilnya ‘masjid terbuka’ hari ini. Masjid berkenaan, menurut pengasasnya, Dr Taj Hargey, profesor di Pusat Pendidikan Islam Oxford di Britain, akan dibuka kepada semua orang termasuk yang bukan Islam dan gay. Menurutnya, dia tetap meneruskan rancangan membuka masjid itu walaupun menerima ancaman daripada pelbagai pihak. Dalam kenyataannya kepada akhbar The Cape Times, Hargey berkata, sudah tiba masanya untuk melancarkan ‘revolusi agama’ sesuai dengan revolusi demokrasi di Afrika Selatan dan masjid itu akan dibuka kepada semua orang, termasuk gay untuk bersembahyang di situ. Ceramah yang akan diadakan bersifat progresif, berilmu dan sama rata. Wanita akan dibenarkan menjadi imam sementara golongan gay dan bukan Islam dialu-alukan datang. “Ada yang ancam membunuh saya kerana masjid ini. Tetapi saya tak peduli,” katanya. Advertisement RHEEL Raza 60, mengimamkan sembahyang Jumaat di pusat pendidikan Islam O...