Posts

Showing posts with the label terbunuh

13 Gambar Tragedi Letupan Bom Di Padang Besar & Danok Petang Tadi

Image
Dua rakyat Malaysia adalah antara 24 orang yang cedera dalam tiga kejadian letupan bom di Selatan Thailand, hari ini. Kesemua mangsa yang cedera itu ialah mangsa letupan bom di Pekan Danok, berhampiran sempadan Thailand-Malaysia, Bukit Kayu Hitam, Kedah. Ketua Polis Daerah Padang Besar Supritendan Che Man Md Dros ketika di hubungi berkata, butiran dua rakyat Malaysia tersebut masih belum dapat dikenalpasti. Dua lagi kejadian letupan di Pekan Sadao dan Padang Besar dipercayai tidak melibatkan sebarang kecederaan. Gabenor Songkhla, Girisada Boonrach berkata, kejadian letupan bom di Pekan Danok berlaku pada pukul 1.45 petang di hadapan sebuah hotel dipercayai berpunca dari sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan di hadapan hotel terbabit. Semetara itu, letupan di Pekan Sadao berlaku pada pukul 11 pagi manakala letupan di Padang Besar pada pukul satu tengahari. Semua mangsa yang cedera di hantar ke hospital berdekatan.

Justin Bieber Terbunuh dalam Kemalangan

Image
Oktober 26, 2013  - Justin Bieber meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Route 80 antara Morristown dan Roswell. Beliau telah disahkan mati di tempat kejadian oleh paramedik kemalangan kenderaan dan telah dikenal pasti melalui kad pengenalan  yang ditemui  pada tubuhnya. Paramedik juga menyatakan tiada kesan ubat dan alkohol pada badan mangsa yang mungkin menjadi faktor dalam kemalangan ini. Penyiasat Keselamatan Lebuhraya telah memberitahu pemberita bahawa Justin Bieber hilang kawalan semasa memandu kenderaan rakan di Interstate 80 dan kereta berkenaan telah terbalik dan berpusing beberapa kali sehingga menyebabkan beliau mati serta merta di tempat kejadian. Kenderaan itu dipercayai telah bergerak pada kira-kira 95 batu sejam dalam zon 55mph pada masa kemalangan. Saksi telah memberitahu bahawa kereta Justin Bieber melintasi garisan berkembar beberapa kali sebelum kemalangan dan melanggar tembok pembahagi jalan yang ...