Mari Berehat Dengan Solat
Saudara dan sahabat-sahabatku… Semakin ramai yang mengajukan persoalan dan permasalahan sama ada di blog ini ataupun melalui FB saya. Saya simpati dan empati. Namun, disebabkan pelbagai hambatan, saya tidak mampu menjawab semuanya. Apatah lagi, apabila saya amat-amati, dalam soalan itu sendiri pun telah ada jawapan. Ya, yang sukar adalah untuk mujahadah. Untuk sabar serta bijaksana untuk menghadapi dan menyelesaikannya sahaja. Kebanyakannya hanya perlu ‘didengar’ untuk sekadar berkongsi rasa. Bukan untuk diselesaikan, tetapi untuk dileraikan. Jangan terus terbuku dan terpendam di dalam jiwa. Hakikatnya, kita sama sahaja. Saya pun begitu juga… sangat memerlukan ‘pihak lain’ untuk menjadi pendengar, tempat kita meluahkan segala dan semua. Dengan berkongsi, kita berbagi derita. Kebanyakan jawapan pada permasalahan sudah ada saya tuliskan dalam buku-buku saya. Sama ada Di Mana DIA di hati ku, Tentang Cinta, Cinta Kerana Allah, Mukmin Profesional, Dua Hati Satu Rasa...