Posts

Showing posts with the label motivasi

KENALILAH TUHAN YANG MENGUJI MU!

Image
    Semalam (25 September 2012) , ketika berada di ruang udara IKIM.fm dalam slot Mukmin Profesional, seorang pemanggil bertanya saya akan ujian yang menimpanya. Dirasakannya ujian yang dihadapinya terlalu banyak, bertubi-tubi datang, lepas satu, satu. Suaranya membayangkan kesedihan. Saya turut merasainya kerana itu juga menjadi suara hati sesiapa yang diuji. Hakikatnya, saya yang ditanya tidaklah lebih baik daripadanya. Dia lebih baik… kerana sudi dan berani berterus-terang. Kebanyakkan kita hanya memendamkan rasa hati… Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Subhanallah, saya terasa ingin menjawab rasa hati ini dengan sebuah tulisan yang panjang. Terasa benar-benar terpanggil. Tetapi kerana banyak cabaran dan hambatan, saya mulakan dengan tulisan yang secebis ini… Saya punya rasa malu, bimbang, dan tidak puas jika bersandar kepada akal dan susunan aya...

Gelabah

Image
( berikut adalah catatan pengalaman menarik seorang pendakwah bebas semasa dimasukkan ke wad kecemasan )   28 Disember 2007 saya ditimpa sakit teruk dan dimasukkan ke wad kecemasan sebuah hospital kerajaan. Adik beradik serta saudara mara yang menziarahi telah melihat saya sudah seperti mayat. Saya sendiri tidak menyedari yang saya sudah berada di wad selama dua hari dua malam. Apa yang menghairankan ialah setelah dua hari dua malam pihak hospital tidak dapat menjelaskan apa penyakit saya. Anak lelaki saya telah memindahkan saya ke sebuah hospital pakar. Saya dimasukkan ke wad ICU. Hanya setengah jam sahaja selepas dimasukkan ke wad, pihak hospital memaklumkan yang saya mengalami sakit buah pinggang kronik. September 2011 saya terjatuh di rumah yang menyebabkan kecederaan di bahagian lutut kiri. Saya dibawa masuk ke wad kecemasan sebuah hospital kerajaan. Setelah dibuat enam keping x-ray pihak hospital memaklumkan yang tulang lutut saya retak. Selepas itu disimen dari huj...