Posts

Showing posts with the label tauliah

Arahan Sultan, Tauliah Dr Zamihan Mat Zin Ditarik Balik

Image
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Foto ihsan Istana Selangor Sultan Selangor berkenan tarik balik tauliah Zamihan Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my Share   Tweet   Share SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan supaya tauliah mengajar yang diberikan kepada Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin, ditarik balik. Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, dalam satu kenyataan media hari ini, berkata baginda turut berkenan supaya keahlian Zamihan dalam Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor dibatalkan. Katanya, keputusan itu dibuat selepas Sultan Selangor berbincang dengan Dewan di-Raja Selangor hari ini supaya Majlis Agama Islam (MAIS) mengambil tindakan demikian mengikut peruntukan Peraturan 17, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008. "Tindakan ini adalah lanjutan daripada satu ceramah agama yang disampai...

Tazkirah Tanpa Tauliah - Anwar Ibrahim

Image
JABATAN Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini sudah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang  Datuk Seri Anwar Ibrahim  supaya jangan menyampaikan tazkirah di masjid dan surau di dalam Selangor tanpa tauliah atau beliau akan ditahan. MAIS dan JAIS  menyekat Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada menemui penduduk Kajang dengan menggunakan masjid yang sememangnya terletak di bawah pentadbiran MAIS kerana Anwar tidak memiliki tauliah. Anwar kini sedang dalam rangka program turun padang dan menemui penduduk Kajang kerana beliau sudah diumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac depan. MAIS telah memberi amaran akan menangkap Bekas Timbalan Perdana Menteri itu jika dia didapati memberikan tazkirah di masjid atau surau di Selangor pada hari pertama kempen. Bagaimanapun keligatan Anwar untuk menemui penduduk Kajang dalam suasana masjid atau surau tidak boleh dihalang kerana ...