Posts

Showing posts with the label Emas

Menarik! Lelaki Dilarang Memakai Emas Sebab Apa?

Image
Dalam Islam, kaum lelaki diharamkan memakai apa sahaja barangan yang berunsurkan emas termasuk gigi emas. Larangan ini jelas dalam sebuah hadis sahih dari Abu Musa r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya”. (Hadis riwayat At-Tirmidzi. A-Nasai dan Ahmad) Daripada hadis ini, emas dalam bentuk apa pun, sama ada emas putih, emas suasa atau apa sahaja logam pelbagai warna yang mengandungi unsur emas hukumnya adalah haram. Sementara itu, benda yang dicat dengan warna emas tidak boleh dikatakan sebagai emas. Ulama sependapat bahawa hukumnya tidak haram kerana ia bukannya emas – hanya rupa dan warna saja kelihatan sama. Yang haram adalah emas dan bukan kemiripannya. Hikmah disebalik larangan itu, umat Islam sebenarnya diajar supaya senantiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan Rasul. Disamping mengajar kita supaya hidup secara sederhana dan tidak bermegah-megah dalam berhias. Wanita memak...