Posts

Showing posts with the label militan

5 Bekas Tahanan ISA Terlibat Militan IS Di Syria

Image
PETALING JAYA, 12 Sept – Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah antara 40 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam peperangan di Syria di mana pelbagai kumpulan itu bersaing untuk merebut kuasa. Kelima-lima mereka merupakan bekas ahli Kumpulan Mujahideen Malaysia (KMM), Zainuri Kamaruddin dan Rafi Udin bersama-sama dengan bekas anggota Jemaah Islamiah (JI), Samad Shukri dan Zid Saharani Mohamad Esa. Bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, antara yang turut disenaraikan. Sumber berkata, Zainuri, Rafi dan Samad pergi ke Syria pada 18 April lalu bersama-sama dengan pejuang jihad Zainan Harith, juga dikenali sebagai Abu Turob, yang terbunuh baru-baru ini. Terbaharu, rakyat Malaysia yang terbunuh dalam konflik itu adalah Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21, dari Kedah. Dia dibunuh semasa melarikan diri dari serangan tentera kerajaan Syria pada Selasa. “Zainan terbunuh dalam serangan di Syria dan tiga yang ...