Bapa Perkosa Anak Sulung.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini ingin dikongsikan satu artikel mngenai perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh seorang bapa terhadap anak sulungnya. Berita ini dipetik dari artikel di Sinar Harian beberapa hari yang lalu. Seorang bapa tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya sendiri. Dalam pada masa yang sama dan si bapa mengaku tidak bersalah atas perbuatannya itu. Kejadian ini amat memalukan dan diharapkan semua lapisan masyarakat dapat menjadikan kisah ini sebagai iktibar. Mari ikuti berita penuh. ———————————————————————————————————————————————————– KUALA TERENGGANU – Seorang bapa kepada lima anak dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dua tuduhan merogol anak sulungnya yang baru berusia 16 tahun. Bagaimanapun, dia yang berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap mangsa. Berdasarkan pert...