Dua Penumpang MH370 Dengan Passport Palsu Sudah Dikenalpasti
Identiti dua penumpang MH370 dengan pasport palsu sudah dikenalpasti KUALA LUMPUR: Identiti dua individu yang didakwa menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pasport palsu telah dikenalpasti dan dihantar kepada agensi risikan Malaysia dan antarabangsa tetapi tumpuan utama masih diberi kepada pencarian pesawat malang itu. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihaknya mempunyai rakaman CCTV yang memaparkan dua individu tersebut. Walaubagaimanapun, beliau berkata kewarganegaraan kedua individu tersebut tidak dapat didedahkan kepada umum. “Saya tidak mahu mendedahkan apa-apa maklumat yang boleh menjejaskan siasatan seperti ini kerana ia melibatkan ancaman keselamatan. “Tunggu sehingga maklumat lanjut boleh didedahkan tetapi tumpuan kami adalah untuk mencari pesawat,” katanya semasa satu sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA. Sebelum ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan hanya dua pasport dicuri yang digunakan penumpang MH370 buk...