Posts

Showing posts with the label hudud

Bukan Semata-Mata Potong Tangan

Image
Zaharuddin Abdul Rahman Zaharuddin Abdul Rahman SHAH ALAM - Pelaksanaan hukum hudud boleh mengurangkan statistik jenayah berdasarkan pengalaman di negara-negara yang melaksanakan undang-undang tersebut. Pengerusi Pertubuhan Multaqa dan Pendakwah Malaysia (Murshid) Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata melalui hudud, masyarakat akan disedarkan bahawa hukuman bukan sekadar memotong tangan, bahkan ada kebaikannya di sebaliknya. “Hukum hudud bukan sahaja terhad kepada jenayah berat kerana ia turut melibatkan undang-undang rumah tangga, kewangan, kemasyarakatan. Jika dilaksanakan ia menjadikan masyarakat berada di puncak kebaikan. “Kekuatan Islam akan terungkai apabila melaksanakan hukumnya. Kesempurnaannya juga dapat ditonjolkan dengan teratur,” katanya, semalam. Katanya, stigma potong tangan tidak lagi menjadi ketakutan masyarakat apabila melaksanakan hudud kerana proses untuk menjatuhkan hukuman tidak semudah itu. “Kalau penerangan jelas, orang akan ambil tahu. Tapi kalau ada juga yang mela...

Anak Yusof Haslam Komen Tentang Hudud

Image
Negara Brunei Darussalam mengumumkan pelaksanaan hudud menerusi undang-undang Kod Penal Syariah baru-baru ini. Ia diumumkan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang mana penguatkuasaan hukum Hudud akan dilaksanakan termasuk hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina. Hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak juga akan dilaksanakan, Alhamdulillah. Pengarah KL Gangster, Syamsul Yusuf juga memberi komen tentang perkara tersebut melalui laman Twitternya baru-baru ini. Syamsul memuji dan bersetuju dengan pelaksanaan Hudud yang dilakukan Brunei dan berharap satu hari nanti Malaysia pun akan mengamalkannya untuk menegakkan undang-undang Islam.

Mufti Brunei Jawab Golongan Pertikai Hudud.

Image
Mufti jawab golongan pertikai BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned menempelak mereka yang mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syar’iah dilaksanakan di negara ini dengan alasan akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Brunei kerana takut tangan mereka dipotong. Menerusi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2013 pagi ini, Yang Berhormat Pehin menjawab dengan menekankan bahawa jika tujuan para pelancong itu datang ke Brunei bukan untuk mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan merasa selamat kerana akan mendapat perlindungan yang sempurna di bawah Undang-Undang Jenayah Syar’iah sehingga kehormatan, wang ringgit dan nyawa mereka Insya Allah terjamin selamat. Jaminan keselamatan di atas bukan retorik, tegasnya sambil menghuraikan bukti sebagaimana berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada zaman silam, yang sebelum hukuman jenayah syar’iah dilaksanakan adalah penuh dengan ...

Brunei Laksana Hukum Hudud

Image
BANDAR SERI BEGAWAN 22 Okt. - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina. Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji. Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di sini pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan. Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak. "Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt. "Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam...