Lelaki Yang Nampak Tak Berapa Betul Ini Sebenarnya Saintis!
Siapa pernah melihat atau terserempak dengan lelaki ini? Lelaki yang sering berjubah ini dikatakan mempunyai ilmu luar biasa terutama dalam bidang matematik dan fizik . Kehadirannya di kawasan pasar-pasar mengundang persoalan, siapakah sebenarnya lelaki ini. Bagaimanakah dirinya mempunyai kelebihan yang sangat unik? Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda tentang kehebatan lelaki ini dalam menyatakan pendapatnya tentang pesawat angkasa . SAYA hendak sampaikan satu cerita berkenaan seorang lelaki yang dianggap ‘tak betul’ yang telah menghadiri ceramah yang saya sampaikan di USM Tronoh, 10 tahun yang lalu pada bulan Julai 1999. Semasa seminar itu saya menyampaikan ceramah bertajuk Pelancongan Angkas a – dan percaya saya adalah orang pertama yang menyampaikan ceramah mengenai pelancongan angkasa di Malaysia. Ceramah saya itu dihadiri oleh seorang lelaki (yang tidak diundang dalam s...