Posts

Showing posts with the label ustaz

Penjelasan Ustaz Jemputan Program Sentuh Anjing

Image
Ustaz Mohd Iqbal Parjin  atau gelarannya  Ustaz Abu Zulfaqar , adalah ustaz yang dijemput oleh pihak penganjur program  'I Want to Touch a Dog' (IWTTAD) .  Dari pengakuan, luahan hati dan permohonan maaf beliau dalam isu ini, nyata seperti ada  'miss communication'  di antara pihak penganjur dengan beliau.  Di bawah ini adalah luahan hati dan permohonan maaf yang dipetik dari laman facebook beliau: PENJELASAN ISU PROGRAM SENTUH ANJING  Assalamualaikum, Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.  Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a Dog", yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.  Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi, menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulill...

Ustaz Mimpi Punca Pesawat MH370 Jatuh

Image
Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir. Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi. Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal. Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / ap...

Ustaz Ini Menipu Penderma-Penderma

Image
  Ustaz Penipu, Derma Buat Banglo Sendiri. Dia menjaja konon dirinya seorang ustaz yang hidup miskin dan diamanahkan menjaga sebuah banglo dua tingkat di sebuah perkampungan miskin dan terpencil di Phnom Penh, sejak beberapa tahun lalu.  Namun rahsia ustaz ini yang pernah dan masih menjaja sumbangan di Malaysia terbongkar, apabila sebuah banglo yang dilengkapi pelbagai kemudahan bernilai lebih ratusan ribu itu, didakwa adalah miliknya. Banglo terletak di tengah-tengah ratusan rumah penduduk Islam daif di Kampung Cham, itu dikatakan digunakan sebagai pusat operasi menagih sumbangan warga Malaysia kononnya bagi membina sekolah agama dan masjid baru di kampung itu. Ustaz lingkungan 40-an itu dikatakan sering menjaja dirinya mengetuai sebuah pertubuhan bukan kerajaan berlandaskan Islam di negara itu yang dianggotai tidak sampai lima ahli, bagi menagih sumbangan terutamanya daripada warga Malaysia yang sering menjalankan kerja amal di negara itu. Tambah mengejutk...

Doa Ustaz Rosmadi Ramli

Image
Kuliah mingguan bertajuk Doa disampaikan oleh Ustaz Rosmadi Ramli merangkap Pengerusi dan Pengasas Surau Mustaqimah.Kuliah Maghrib ini dibuat di surau Al-Ehsaniah Ahmadiah SS 5A/10 Kelana Jaya.