Posts

Showing posts with the label mungkar

Orang Yang Menjaga Solatpun Masih Berbuat Mungkar,kenapa?

Image
Soalan: Allah sebut dalam Al Quran yang bermaksud, ‘Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.’ Realitinya mengapa kurang berlaku dalam masyarakat Islam seperti yang Allah swt maksudkan itu. Ini terbukti di mana mereka yang solat pun masih berbuat keji dan mungkar. Tolong perjelaskan. Abd Wahab bin Abd Samad, Kuala Kangsar Perak. Jawapan: Alhamdulillah dan terima kasih. Jaminan Allah swt itu pasti terjadi. Lebih-lebih lagi dalam firman Allah swt itu dimulakan dengan kalimah, ‘Sesungguhnya’ yakni satu kalimah penegasan bahawa solat itu dapat mencegah seseorang itu dari berbuat jahat. Sekiranya tidak berlaku malah sebaliknya masih solat tetapi jahat juga menandakan orang yang solat itu tidak memenuhi syarat-syarat solat yang sebenar. Atau juga solat yang tiada penghayatan. Sebab itu Allah swt juga ada memberi peringatan keras dengan maksud, ‘Neraka Wail bagi mereka yang solat yang lalai dalam solatnya.’ Ini bererti Allah swt turut menggambarkan adanya orang...