Posts

Showing posts with the label Kahwin

Anak Perempuan Ustaz Azhar Idrus Berkahwin (7 Gambar)

Image
Gambar-gambar perkahwinan anak perempuan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus bersama pasangannya Mazuwan di Kuala Terengganu, hari ini Nur Madihah Asyiqin merupakan anak sulung UAI hasil perkahwinan beliau dengan Rogayah Binti Sulong. Ustaz Azhar mempunyai tiga orang isteri dan tujuh orang anak. 

Suami 15 Tahun, Isteri 16 Tahun

Image
SHAH ALAM - “Saya akan buktikan, mampu menjadi suami terbaik buat isteri, sekali gus ayah dalam keluarga kami yang bahagia, walaupun baru berusia 15 tahun. “Restu keluarga dan sanak saudara menjadi kekuatan kepada saya, membuktikan bahawa usia bukan ukuran dalam menentukan kemampuan dan tanggungjawab menjadi suami,” kata Muhamad Haikal Farith Mohd Shah. Beliau selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar, kelmarin. Nur Hazwani menerima mas kahwin RM200 dan hantaran RM5,000. Muhamad Haikal berkata, bapanya, Mohd Shah Abdul Aziz, 43, memohon kebenaran mahkamah bagi membolehkan dia bernikah dengan pasangannya kerana usia mereka yang masih muda. Semangat membara Katanya, walaupun beliau muda setahun daripada isterinya, namun semangat dan tanggungjawab semakin membara dalam dirinya terutama selepas selamat dinikahkan bagi memastikan perkahwinan mereka ba...

Isteri Umur 13 Tahun Dicerai Talak 3

Image
MASIH ingatkah anda dengan perkahwinan pasangan muda Nor Fazira Saad, 13, dan Mohd Fahmi Alias, 20, di Kulim, Kedah pada 17 November tahun lalu? Perkara itu mendapat liputan yang cukup hangat lantaran usia mereka terutamanya pengantin perempuan baru menginjak 12 tahun pada waktu itu. Nor Nazira dan Mohd Fahmi dinikahkan selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008 dengan mas kahwin RM1,500 dan wang hantaran RM4,552. Sewaktu ditanya pihak media, kedua-duanya pernah mengatakan yang mereka sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab suami-isteri dan usia bukanlah penghalang untuk mereka. Pada masa yang sama, keluarga terutama bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berpendapat tindakannya mengahwinkan anaknya yang sudah tidak bersekolah selepas tamat darjah enam itu adalah kerana tidak mahu pasangan ini terjebak dalam maksiat. Bagaimanapun, beberapa jam yang lalu, kami terkejut apabila mendapat perkhabaran bahawa...