Posts

Showing posts with the label Pahang

Gambar Banjir Teruk Di Pahang

Image
Gambar banjir teruk di Rompin dan Kuantan, Pahang  - Kawasan Rompin dan Kuantan, Pahang dilanda banjir teruk awal pagi tadi sehingga menyebabkan kerosakan teruk harta benda. Kira-kira 100 penduduk dari perkampungan Orang Asli Kampung Kesing, Rompin terpaksa dipindahkan seawal jam 10.00 pagi tadi. Menurut jurucakap polis, hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di Sungai Lembing, dinaiki air dan jalan utamanya terpaksa ditutup. Jambatan Sungai Charu di Kilometer 28, Jalan Sungai Lembing-Kuantan pula terpaksa ditutup bagi semua kenderaan kerana ditenggelami air. Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar banjir teruk yang melanda daerah Rompin dan Kuantan, Pahang sekitar pagi Isnin. Penduduk di kawasan berkenaan diharap berhati-hati dan mengambil ikhtiar untuk berpindah jika air mula naik atau keadaan semakin berbahaya untuk diduduki.

Pasukan Pahang Guna Makhluk Halus Untuk Menang?

Image
MOHD Khairul Azahan menunjukkan pingat juara Piala Malaysia. Kuantan: “Saya tidak tahu bagaimana cerita mengarut ini boleh keluar dalam Facebook (FB),” kata penjaga gol Pahang Mohd Khairul Azahan Mohd Khalid mengenai penyebaran gambar dirinya yang didakwa menggunakan bomoh dan berdamping dengan makhluk halus ketika menjaga gawang Pahang sewaktu menentang Kelantan pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad lalu. Menerusi sedutan gambar FB yang dirakam melalui televisyen pada separuh masa kedua perlawanan itu, Mohd Khairul Azahan, 24, dilihat berada di sebelah kiri gawang gol dan pada masa sama, ada satu petak merah di tengah gawang yang kononnya lokasi kedudukan makhluk halus itu. Gambar itu yang dipercayai mula disebarkan sejak kelmarin hanya menjadi bahan ketawa pengguna laman sosial terbabit kerana jelas menunjukkan ia sengaja direka pihak tertentu. Bagaimanapun, Khairul Azahan mengakui terkejut serta terkilan kerana cerita dan gambar sedemikian boleh tersebar...

Piala Malaysia: Pahang juara kalahkan Kelantan 1-0

Image
PAHANG dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia selepas menamatkan penantian selama 21 tahun sejak tahun 1992 dengan menewaskan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam malam ini. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Matias Ruben Conti dari Argentina hasil hantaran silang yang cantik dari Azamuddin Mohd Akil atau lebih dikenali sebagai Alex pada minit ke-58 perlawanan. Perlawanan akhir yang disaksikan pada malam ini kira-kira 80,000 penonton bermula dengan asakan demi asakan dari pemain Pahang ke atas gawang The Red Warriors sejak awal permainan. Penguasaan permainan juga banyak memihak kepada pasukan Tok Gajah apabila datang menyerang dari kiri dan kanan pintu gol pasukan Kelantan sekaligus melenyapkan peluang Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia musim lalu. Kemenangan Pahang juga banyak disumbangkan oleh ketangkasan penjaga gol muda Pahang Khairul Azhan Khalid yang banyak menyelamatkan percubaan Kelantan yang semakin rancak pa...