Posts

Showing posts with the label meninggal

Guru Pondok Meninggal 'Senyum' Dalam Solat

Image
Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini. “Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum,” kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Mahama Jehma, 56, dari Kampung Weng, Thailand berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah dan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan sebelum pulang ke kampungnya. Ketika rakaat pertama, guru pondok itu rebah dan kemudian disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung. JEMAAH Masjid Beijing melihat anggota polis mengangkat jenazah Mahama yang meninggal dunia ketika solat Isyak, malam kelmarin. Samsuddin yang juga Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengurusan masjid itu berkata, ...

Selamat Kembali Ke Negara Asal Tuan Guru Harun Taib

Image
Datuk Harun Taib <   1  /  1   > SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu 12.10 tengah malam tadi. Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya. Berita itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali kepada sebuah portal tempatan malam tadi. Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri memberitahu, jenazah Allahyarham Ustaz Harun dijangka disolatkan pada jam 10 pagi nanti di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu. Sehubungan itu, beliau menjemput seluruh ahli Pas agar beramai-ramai hadir mendoakan kebaikan untuk allahyarham. “Moga ALLAH merahmati roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily. Bagi pihak Dewan Ulama Pas Pusat dan seluruh jawatankuasanya, beliau meng...

Azean Irdawaty Meninggal Dunia Al-Fatihah

Image
Oleh:Editorial MH Tarikh: 17 Disember 2013 Sebentar tadi, industri hiburan negara dikejutkan dengan berita sedih apabila seniwati terkenal, Azean Irdawaty, 63, meninggal dunia pada jam 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.    Memetik laporan beberapa portal berita, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihadapinya sejak lima tahun lalu.    Takziah Media Hiburan Online ucapkan kepada keluarga Allahyarham sekeluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-fatihah.   sumber: mediahiburan.karangkraf.com

Nelson Mandela Meninggal Dunia

Image
  Nelson Mandela Nelson Mandela Meninggal Dunia Presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan  dan  ikon anti- apartheid,  Nelson Mandela telah meninggal dunia malam tadi pada usia 95 tahun,   setelah 3 bulan berada dihospital menjalani rawatan perubatan kerana jangkitan paru-paru.   Nelson Mandela Dalam Kenangan Presiden Kulit Hitam Pertama Nelson Rolihlahla Mandela  lahir di  Mvezo ,  Afrika Selatan ,  pada 18 Julai   1918.  Menjawat jawatan sebagai  Presiden Afrika Selatan  dari tahun 1994 sampai 1999. Beliau adalah orang Afrika Selatan  berkulit hitam pertama yang dipilih  memegang jawatan tersebut. Semasa  Pemerintahannya  beliau fokus untuk menghapuskan pengaruh  apartheid  melalui pembenterasan rasisme dan kemiskinan. Beliau adalah Pemenang Hadiah Nobel Keamanan tahun 1993.  Nelson Mandela Di Penjara Selama 27 Tahun Pada 19...

Status FB Terakhir Noreen Nor - Al Fatihah

Image
Noreen Noor ada memuat naik status mengenai kisah tentang jenazah disembahyangkan 70,000 malaikat dalam akaun Facebooknya. Status Noreen itu merujuk kepada kisah bagaimana malaikat memberikan kemuliaan ke atas Muawiyah yang meninggal dunia. Semasa hidupnya, Jibril memberitahu Rasululllah yang Muawwiyah sering membaca Surah Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan. Noreen, 54, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan buah pinggang pada jam 5.50 pagi ini. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri di sini dan meninggalkan seorang anak lelaki berusia 22 tahun dan anak perempuan, 11 tahun. Jenazahnya dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Km16 Kampung Pulai, Melaka, menurut sumber Terengganu Today.   Filem pertama yang dibintangi Noreen Noor adalah Talak pada tahun 1980, dan antara filem lain yang pernah dibintanginya ialah Hantu Siang, Wira Ang...

SULTAN SULU JAMALUL KIRAM III MENINGGAL DUNIA

Image
Jamalul Kiram III,75, yang arah pencerobohan Lahad Datu Febuari  lalu meninggal dunia di Filipina akibat kegagalan organ 4.42 pagi semalam MANILA: Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu meninggal dunia di Pusat Jantung Filipina pada jam 4.42 pagi semalam (waktu tempatan) selepas menghadapi masalah kegagalan pelbagai organnya berfungsi. Anak perempuannya, Puteri Jacel Kiram berkata, kehilangan bapanya bukan satu perkara yang sukar untuk diterima keluarga kerana kesemua ahli keluarga Kiram sudah ditanamkan dalam diri bahawa apa yang berlaku adalah kehendak Allah. Sulu Sultan Jamalul Kiram III dies BY ANGELA CASAUAY UPDATED 10/20/2013 10:06 AM CONTINUE THE CLAIM. Sultan Jamalul Kiram III dies of organ failure Sunday October 20. Photo by Arcel Cometa MANILA, Philippines (Updated) – Jamalul Kiram III, leader of the Sultanate of Sulu, died Sunday morning, October 20, of organ failure at the Philippine Heart Center in Quezon City, his spoke...

Bekas MB Kedah, Ustaz Azizan Meninggal Dunia- Alfatihah

Image
Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak (gambar) meninggal dunia kira-kira jam 11.10 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada umur 73 tahun selepas menghadapi komplikasi jantung sejak dua hari lalu. Bekas Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid mengesahkan kematian Azizan kepada The Malaysian Insider pagi ini."Ye, Ustaz sudah meninggal kira-kira lima minit lalu di hospital," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Sejak dua hari lalu, Azizan berada dalam keadaan kritikal apabila kadang-kadang jantungnya berhenti berfungsi dan terpaksa digunakan alat bantuan untuk berfungsi semula. Pada 9 Mei lalu, selepas pilihan raya umum ke -13, Azizan menjalani pembedahan untuk memotong untuk kedua-dua belah kakinya di Hospital Pulau Pinang akibat kencing manis. ~the malaysian insider