Benarkah Berita Ini?
Subhanallah! Benarkah Mr Bean Sudah Memeluk Islam? Hari ini kita dikejutkan dengan satu berita tentang nama Mr Bean ini. Mr Bean dikatakan sudah memeluk agama Islam . Berita yang dikhabar ini mula viral di laman-laman sosial seperti blog, Facebook dan Twitter. Tidak cukup itu lagi pelbagai cerita tentang Mr Bean mula menghiasi dinding-dinding Facebook . Walaubagaimanapun kesahihan berita ini masih lagi belum dipastikan kerana kita sendiri belum mendapatkan pengesahan daripada tuan punya badan sendiri. Adakah ia benar atau khabar angin? Jika benar, alhamdulillah! BENARKAH Mr. Bean atau nama sebenarnya, Rowan Atkinson sudah memeluk Islam? Khabar yang tidak dapat disahkan kebenarannya ini sudah mula tersebar di beberapa laman blog tertentu termasuk laman YouTube. Melalui laman web Islampos, berita tersebut dikatakan mula disebarkan oleh sebuah laman web anti-Israel, Sadabladi.com dengan menyatakan bahawa Mr. Bean mendapat hidayah selepas menonton filem fitnah tentang N...