Posts

Showing posts with the label kapal terbang

Kapten Zaharie Tidak Bersalah! (Mila AF5)

Image
Mila AF5 pertahan Kapten Zaharie tidak bersalah  - Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin mendakwa mengenali secara rapat Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 dan ahli keluarganya. Kata Mila kepada Sinar Harian, dia berpeluang untuk berkenalan dengan Zaharie ketika pakar juruterbang itu menghadiri satu majlis Kelab Peminat Mila Jirin pada tahun 2007. Hubungan mereka semakin rapat selepas Mila sering berjumpa dengan keluarga Zaharie. “Malah saya pernah mengunjungi kediamannya untuk bertemu isteri dan anak-anaknya. Selepas mendapat tahu kejadian itu, saya cuba menghubunginya, namun gagal." “Saya begitu sedih dengan apa yang menimpanya sekarang dan berharap dia dapat pulang semula ke tanah air dengan selamat.” Ditanya tentang keperibadian yang dimiliki Kapten Zaharie, Mila tanpa berselindung memberitahu Zaharie merupakan seorang yang sangat merendah diri dan penyayang. Kapten Zaharie Mampu Mendaratkan Pesawat Di Landasan Paling Pendek ...

AirAsia Indah Khabar Dari Rupa

Image
Di sini saya ingin membuat pengaduan mengenai ketidakadilan Air Asia dengan tidak membenarkan saya dan keluarga menaiki penerbangan ke Sarawak. Sebagai warga semenanjung yang tidak pernah berkunjung ke Sarawak dan pertama kali menggunakan Air Asia memang sesuatu yang mengujakan untuk bercuti kesana. 17.11.2013 Jam  5:00  pagi kami sekeluarga telah siap untuk check-in di kaunter Air Asia Bayan Lepas, Pulau Pinang. Namun alangkah hampa kami tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan dengan alasan tidak membawa sijil lahir asal anak kami yang berumur 11 tahun padahal kami telah membawa salinan yang difotokopi dari salinan asal. Saya telah diarahkan untuk pulang mengambil slinan asal di Sungai Petani ,sesuatu yang mustahil kerana jambatan Pulau Pinang di tutup kerana ada larian jambatan Pulau Pinang. Walaupun penerbangan asal pukul  7:00  telah di tunda pada 8;45 pagie. Kami telah membuat rayuan sehingga jam  7:30  . Tidak ada satu pun yang cuba untuk membantu ...