Posts

Showing posts with the label Gantung

Kisah Benar Diceritakan Tukang Gantung

Image
Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati. Harap-harap dijauhkan, amin… Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar dan juga kecil, kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar. Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung. Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat ...

Cerita Aneh Detik Akhir Saddam Hussein Di Tali Gantung

Image
Tukang Gantung Cerita Detik Akhir Saddam Hussein di Tali Gantung | Mowaffak al-Rubaie duduk di pejabatnya dengan patung Saddam Hussein dibelakang, tali yang digunakan untuk menggantungnya melilit leher patung itu. Bekas penasihat keselamatan kebangsaan Iraq itu yang menyaksikan bekas diktator berkenaan dihukum gantung pada 2006, berkata, Saddam tabah hingga detik akhir kehidupannya dan tidak pernah kesal. “Penjenayah? Benar. Pembunuh? Benar. Kejam? Benar. Tetapi dia tabah hingga ke akhir hayat,” kata Mowaffak. “Saya menyambutnya di pintu. Tiada siapa masuk ke situ. Tiada warga asing dan tiada pegawai Amerika,” katanya. kepada media di pejabatnya di Kadhimiyah, utara Baghdad berdekatan penjara tempat hukuman itu dijalankan tujuh tahun lalu. “Ketika saya membawanya masuk, tangannya yang bergari memegang al-Quran. “Saddam yang memakai jaket dan kemeja putih kelihatan tenang dan bersahaja. “Ada yang berkata dia pengsan. Ada yang kata dia diberi d...

Perbuatan Syirik Mengantung Patung Di Bumper Kereta

Image
Sudah tentu ramai di luar sana pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah pehadang belakang (bawah bumper belakang) kereta. Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand. Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di jalanraya tempat berlakunya kemalangan. Click Here To Zoom Tujuan utama pemandu-pemandu di Thailand menggantungkan patung di bawah kereta mereka kerana takut di ganggu oleh roh si mati terutamanya roh kanak-kanak yang mati dalam kemalangan. Jadi mereka memasang anak patung pada pehadang belakang kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thailand yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka. Namun, sebagai umat Islam, kita harus sedar dengan isu sebegini. Firman Allah, mafhumnya: Maka barang siapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak i...

Perkara Yang Dirahsiakan Disebalik Saddam Hussein Dihukum Gantung

Image
Masih ingatkah korang apa yang berlaku di iraq? Iraq telah di ditawan oleh pihak Amerika Syarikat serta kuncu-kuncunya pada tahun 2003. Dan hasil dari kejadian tersebut telah membawa kepada hukuman gantung sampai mati terhadap bekas Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussein. Tapi ramai yang tahu tentang sejarah hukuman gantung sampai mati terhadap bekas Perdana Menteri Iraq tersebut. Tapi tak ramai tahu kenapa beliau dihukum gantung..? Siapakah Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq sekarang..? Dulu kita tak faham kenapa Saddam Hussain banyak bunuh rakyat Iraq..? Kenapa Saddam Hussain sembelih ribuan rakyatnya sendiri..? Rupanya kerana mereka adalah syiah. Kita salah faham kepada Saddam kerana media putar belit dek telunjuk yahudi israel dan amerika. Masa tu kita hanya ada TV dan surat khabar sebagai agent berita. Zaman tu myspace/friendster yg poyo, fesbuk tak popular lagi. Saddam sudah tahu akan bahayanya syiah ini. Beliau sudah nampak ancamannya, maka beliau ambil ...