Posts

Showing posts with the label suspek

Suspek Buruan Polis Selamba Update Status Facebook

Image
        Selepas perompak dan pembunuh pegawai AmBank Subang Jaya, Loade Ardina Loade Rasila berjaya diberkas kini seorang lagi rakannya,  Joemar Omar sedang dicari polis. Seperti Loade Ardina yang mempunyai akaun Facebook, akaun laman sosial Joemar juga berjaya dibongkar. Namun mungkin menyedari Facebook miliknya sudah diketahui ramai, akaun ini ditutup sejak dua hari lalu. Bagaimanapun, terdapat satu lagi akaun Facebook dipercayai turut dimiliki penjenayah yang masih menyimpan wang rompakan RM428,200 ini. Menggunakan nama Munir Tarapedo Koasasino, gambar-gambar yang dimuatnaik di akaun ini saling tak tumpah dan hampir pasti memang Joemar. Tapi kalaulah benar, maka pihak berkuasa negara perlu melakukan sesuatu kerana daripada status yang dimuatnaik, Joemar membayangkan dia kini sudah berada di Dumai, Indonesia sejak 27 Oktober lalu.   Dan setelah berhenti memuatnaik status sejak tarikh berkenaan, dia nampaknya selamba ...

Suspek Tembak Pegawai Ambank Masih Dalam Negara

Image
KUALA LUMPUR – Suspek utama kes bunuh dan rompak pegawai bank Ambank USJ 2 Sentral, Subang Jaya Rabu lalu dipercayai masih berada di dalam negara. Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang turut memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan operasi memburu suspek ‘hingga ke lubang cacing’. “Kita telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak penjenayah utama ini dan kami dapati suspek masih lagi berada di dalam negara. “Pasukan khas ini ditubuhkan di peringkat Selangor yang akan dibantu oleh jabatan-jabatan lain di Bukit Aman,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kadet Inspektor di Pulapol. Sementara itu, beliau menegaskan, polis hanya akan mendedahkan identiti sebenar suspek selepas penjenayah itu diberkas. “Biar kami dapatkan penjenayah dahulu, sudah berkas baru kami akan siarkan identiti suspek. “Saya juga tidak mahu mendedahkan di mana tempat suspek berada kerana ia bakal memberikan peluang un...