Posts

Showing posts with the label wanita

Kenalkah Anda Wanita Ini?

Image
Kenal dia? Dialah Dr. Aafia Siddiqui. Seorang muslimah dari Pakistan yang ditangkap oleh Amerika dengan bantuan daripada kerajaan Pakistan sendiri. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun. Namun, tiada seorang pun pemimpin umat Islam hari ini tampil untuk membelanya.Malah, kerajaan Pakistan sendiri yang membantu Amerika Laknatullah untuk menangkapnya. Beliau bukan sahaja dipenjarakan, malah turut dibelasah sehingga mengakibatkan kecederaan teruk pada hidungnya. Bukan sekadar itu, beliau juga turut dirogol di dalam penjara. Kebobrokan pemimpin umat Islam hari ini jelas terpampang apabila mereka tidak menghantar sebarang bala tentera untuk menjawab kebiadapan Amerika. Sudah lupakah kita, Khalifah Mu’tasim Billah menghantar bala tentera untuk menyerang Rom kerana beberapa orang kafir telah mempersenda aurat seorang muslimah pada waktu itu? Di mana pula bala tentera muslim hari ini? Wahai umat Islam, butakah mata hati kita sehingga kita sanggup menyokong pemimpin-pemimpin ...

Wanita Memeluk Islam Kerana Seorang Budak 7 Tahun

Image
Seorang budak kecil diamanahkan untuk mengedar risalah dakwah kepada orang ramai. Kanak-kanak yang berumur 7 tahun ini telah berjaya membuatkan seorang wanita memeluk Islam dengan hanya sekeping risalah sahaja. Kisah ini amat menyentuh hati bagi sesiapa yang membacanya. Kisah menarik ini bermula di mana seorang makcik tua yang dikatakan hendak membunuh diri memeluk Islam hanya kerana dengan seorang budak kecil yang datang kerumahnya, nak tahu lebih lanjut mari kita hayati kisah ini, semoga dapat dijadikan teladan kepada kita semua. Insha Allah. Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membet...

Doktor Wanita Dari Malaysia Sertai ISI

Image
Kuala Lumpur: Polis akan menyiasat kesahihan satu laman blog didakwa milik seorang doktor wanita dari Malaysia yang menganggotai pasukan militan Negara Islam (IS). Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas, Bahagian Petugas Khas (Operasi/ Counter Terrorism) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci sebelum membuat ulasan lanjut mengenai pembabitan wanita itu dalam aktiviti pengganas. “Saya tidak dapat mengulas lanjut, biar kita lakukan siasatan terlebih dahulu,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini, semalam. Menerusi laman blog Diari Seorang Muhajirah seorang wanita bernama Shams, 26, menceritakan pengalamannya tinggal di Syria dan mengaku menganggotai IS. LAMAN blog Diari Seorang Muhajirah seorang wanita bernama Shams, 26, menceritakan pengalamannya tinggal di Syria dan mengaku menganggotai IS.

Misteri Kubur Wanita Mati Dibunuh Di Tengah Masjid

Image
Mungkin ramai tertanya-tanya mengenai kubur yang berada di tengah-tengah Masjid Razaleigh di Bandar Lama, di Gua Musang, Kelantan.  Ini kerana belum pernah ditemui di mana-mana masjid sama ada di dalam atau luar negara kubur orang awam berada dalam masjid. Kebanyakan mereka daripada kalangan ahli jemaah terutama yang datang dari luar daerah ini sudah tentu membuat pelbagai andaian tersendiri, berikutan tidak mengetahui sejarah sebenar yang berlaku apabila melihat kubur yang dianggap pelik itu. Diakui semakin sukar untuk menjejak sejarah serangan komunis di Bandar Gua Musang sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana kebanyakan orang lama yang asal tinggal di bandar ini telah meninggal dunia. Bagaimanapun, mujur masih ada rujukan menerusi catatan sejarah dalam diari mengenai serangan komunis itu yang ditulis sendiri bekas Penggawa Hulu Kelantan ketika itu, Allahyarham Nik Jaafar Nik Soh.                      ...

KISAH BENAR | Gadis Yang Sindir Dan Mempertikai Hukum Allah Di Beri Balasan Serta Merta

Image
SALAM UNTUK SEMUA, Aku tidak pasti kisah ini bila dan di mana, moga kita semua dapat mengambil iktibar. Tuhan tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. KISAH BENAR | Gadis Yang Sindir Dan Mempertikai Hukum Allah Di Beri Balasan Serta Merta Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan. Malangnya walaupun t inggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua ...

Kisah Benar Muslimah Syria Di Dalam Penjara Basyar

Image
Khitam Benyan menceritakan pengalaman beliau semasa di tahan oleh tentera rejim. 22 hari telah berlalu selepas saya dibebaskan daripada tahanan rejim Basyar. Saya berasa begitu trauma dan pelbagai persoalan tidak pernah berhenti dalam fikiran saya. Kenangan orang yang saya temui di dalam penjara tidak pernah saya dapat lupakan. Semua orang memb eritahu saya, anda akan lupa dan anda akan menyesuaikan diri bila telah keluar dari penjara. Tetapi ternyata tidak.  Saya tidak akan melupakan apa yang saya lihat di dalam penjara dahsyat rejim.  Saya tidak akan melupakan (Um Tayim, 25 tahun ) yang dipanggil ke pejabat penjara pada tengah malam dan kembali semula dalam keadaan trauma selepas dirogol dengan kejam sebanyak dua kali.  Saya tidak akan melupakan wajah (Muna Al Wadi) apabila mereka (pengawal penjara) memberitahu dia akan dikenakan hukuman tembak yang akan dilaksanakan jam 10 pagi esok.  Saya tidak akan lupa suara (Ala'a Kayyal) gadis 20 tahun, apabila dia meminta sa...

7 Jenis Tudung Seksi Kegilaan Ramai Wanita Malaysia

Image
Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan terkini? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman. Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita dapati di Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Fesyen tudung menarik ini menjadi gilaan ramai wanita kini. 1. Tudung Bukit Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain. 2. Tudung Sarung Nangka Pakai t...

10 Wanita Paling Kejam Di Dunia

Image
Kejam dan zalim tidak pernah mengenal jantina, ini hakikat yang perlu kita akur. Biasanya terdapat faktor-faktor tertentu yang mendorong individu tertentu, termasuklah wanita untuk menjadi seseorang yang zalim dan kejam.  Antaranya, ialah penindasan dan penyeksaan yang dialami pada masa silam, ketidakadilan undang-undang dan kepincangan masyarakat. Namun ada juga yang membunuh, sekali gus menjadi zalim dan kejam tanpa sebab yang berasas dan faktor yang munasabah. Berikut dipaparkan 10 orang wanita paling kejam di dunia. 1. Jiang Qing(1914-1991)  Jiang Qing atau Madame Mao adalah isteri kepada diktator Komunis China, Mao Zedong. Beliau menjadi dalang di sebalik Revolusi Budaya China yang digelar Red Guards. Kezaliman yang dilakukan wanita ini ialah penyeksaan terhadap penduduk China yang enggan patuh pada arahan ketenteraan. Mangsa kekejamannya dikatakan melebihi 500 ribu orang 2. Elizabeth I of England(1533-1603)  Beliau digelar sebagai Raja Paling Kejam kerana membunuh r...

Bukti Wanita Syiah Gila Seks

Image
Kebenaran untuk berkahwin secara mutaah yang kononnya menghalalkan zina dikenali pasti sebagai faktor utama menyebabkan segelintir umat Islam di negara ini terutama lelaki, terjebak dengan fahaman Syiah. Penolong Pengarah, Seksyen Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Aizam Mas'od, berkata kesimpulan itu berdasarkan pengakuan 141 pengikut fahaman terbabit yang direkodkan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) setakat ini. Syiah buat hadis palsu Katanya, kebanyakan pengikut Syiah daripada kalangan orang Melayu tidak mahu menceritakan secara terperinci mengenai kahwin mutaah, namun Syiah buat hadis palsu mengenai mutaah dengan mengatakan sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala besar. Mereka tahu zina perkara jijik dan berdosa besar, tetapi dalam Syiah benda jijik dimuliakan... Nikah mutaah mulia, bahkan mendapat pahala lagi, siapa yang bermutaah sekali sama martabatnya dengan Saidina Hassan, dua kali sama dengan Saidina Hussin dan tiga kali sama dengan Sai...

9 Jenis Wanita Di Neraka

Image
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda: 1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih. 2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.  3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.  4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking. 5. Wanita yang memakan badannya...

Bertudung Lingkup Tapi Tak Bersyariat

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat kisah dari seorang sahabat. Ceritanya berlaku kepada sekumpulan jemaah tabligh masturat yang sedang transit di sebuah lapangan terbang antarabangsa di sebuah negara dalam perjalan menuju kesuatu tempat. Kepada yang tak tahu erti jemaah masturat itu maksudnya jemaah suami isteri. Oleh kerana aku tak berapa nak ingat cerita secara tepat jadi aku kisahkan secara ringkas sahaja. Seorang wanita Inggeris telah menghampiri jemaah masturat lalu bertanya kepada salah seorang jemaah lelaki, mengapa sangat kejam memaksa jemaah wanita menutup muka melindungi kecantikan wajah dan tubuh seorang perempuan. Jemaah lelaki menerima kritikan dengan senyum sambil melihat jemaah wanita yang memakai purdah. Dengan sopan jemaah lelaki bertanya kepada wanita Inggeris bolehkah menunjukkan dimana pasport beliau. Terpinga-pinga wanita Inggeris tersebut apabila menerima soalan balas yang tidak menjawab soalan beliau. Wanita Inggeris tersebut telah membuka ...

Janji Dan Sumpah Syaitan Terhadap Wanita

Image
Jika seseorang wanita itu masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan akan beralih dengan strategi yang lebih halus dan licik melalui beberapa cara pula seperti apabila wanita itu : 1. Membuka Bahagian Tangan Apabila bahagian telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagian hasta iaitu dari siku hingga telapak tangan.  Tangan yang terdedah juga adalah aurat “Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.” Begitu bisikan syaitan.  Akhirnya  wanita tewas menampakkan tangannya dan para lelaki dapat melihat kemulusan kulit wanita.  Saat itu iblis akan membisikkan lagi  “Haa, tak apa-apa kan?”.. 2. Membuka Leher dan Dada Setelah menampakkan tangan yang menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. “Belum cukup begitu, haruslah ada peningkatan fesyen supaya nampak lebih moden, bukalah bahagian atas ...

Surat Dari Wanita Kristian Kepada Wanita Islam

Image
Joanna Francis adalah seorang penulis dan wartawan berasal dari Amerika Syarikat. Dalam laman web Crescent and the Cross, wanita yang menganut agama Kristian itu menulis ungkapan hatinya tentang kekagumannya pada wanita-wanita Muslim di Lebanon ketika negara itu diserang oleh Israel dalam perang pada tahun 2006 lalu. Apa yang ditulis Francis, meskipun ditujukan kepada para Muslimah di Lebanon, namun dapat menjadi cerminan dan semangat bagi para Muslimah di seluruh dunia untuk berbangga dengan identiti mereka menjadi seorang wanita Muslim, apatah lagi di tengah kehidupan moden dan kuatnya pengaruh budaya Barat yang dapat melemahkan keyakinan dan keteguhan seorang Muslimah untuk tetap mengikuti cara-cara hidup yang diajarkan Islam. Inilah ungkapan kekaguman Francis sekaligus pesanan untuk wanita-wanita Muslim dalam tulisannya bertajuk “Kepada Saudariku Para Muslimah”: A Letter from a Christian to a Muslim Woman By Joanna Francis- Writer, Journalist – USA Between the Israeli ...

Susahnya Jadi Wanita Islam Berbanding Lelaki?

Image
1. Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki. Hikmah sebenar: Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga. Oleh itu sesuatu yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berselerak, bukan...??? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dengan perempuan jala*n*n. 2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Hikmah sebenar: Seorang wanita itu sebenarnya dipertanggung jawabkan kepada 4 orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. 3. Saksi wanita kurang dibanding lelaki. Hikmah sebenar: Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya. 4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki. Hikma...

Cubaan Ragut Guna MPV Pula, Saksikan Video Ini

Image
PERCUBAAN penjenayah untuk meragut barang berharga daripada orang ramai kini tidak terhad kepada penggunaan motosikal sebaliknya penjenayah sudah mula menggunakan kereta. Dalam satu rakaman video di laman Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign (MCAC) menunjukkan penjenayah menggunakan sebuah kereta MPV untuk menjalankan kegiatan itu. Video berkenaan yanga hanya selama 19 saat menunjukkan mangsa seorang wanita yang pada awalnya sedang berjalan kaki di sebelah MPV berkenaan. Tiba-tiba pintu MPV berkenaan dibuka dan beg tangan wanita berkenaan cuba diragut seorang lelaki tetapi gagal lantas penjenayah melarikan diri dengan kenderaan MPV itu. Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu sememangnya mengejutkan wanita itu yang hanya berjalan kaki tanpa memikirkan sebarang bahaya yang bakal berlaku ke atas dirinya. Kejadian berlaku di Desa Aman Puri, Kepong, Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 12.26 tengahari semalam, menurut pengguna Facebook yang berkongsi...