Posts

Showing posts with the label message

Awas Panggilan Dari Telemarketer (Baca Pengalaman Ini)

Image
PENDEDAHAN INI MUNGKIN MENGELAKKAN PEMBACA DARIPADA DIPERDAYA Beberapa hari selepas menukilkan entri ini, saya dihubungi oleh wanita melalui private message Facebook dan memperkenalkan dirinya sebagai ‘Elis’, 26 tahun. Saya kemudian menemuinya pada jam 4 petang semalam di Kuala Lumpur. “Saya mula bekerja di agensi telemarketing, sebagai kerani pentadbiran kira-kiradua tahun lalu dan kemudian berhenti kerana agensi terbabit tidak membayar gaji saya. Ruang pejabat di tingkat dua dibahagikan kepada banyak partition diduduki telemarketer bertugas menghubungi pemegang kad kredit dan kad debit menggunakan telefon. Jumlah mereka mencecah lebih empat puluh orang, majoriti berbangsa Melayu dan India, tiada Cina. Lebih menarik, kebanyakkan mereka graduan institusi pengajian tinggi atau individu biasa tetapi mempunyai kemahiran bercakap secara berkesan. Sepanjang tempoh latihan seminggu, pihak pengurusan agensi memberikan bakal telemarketer skrip sebagai rujukan untuk membuat panggilan d...