Posts

Showing posts with the label otak

Datuk Rahim Razali Mengalami Pendarahan Dalam Otak.

Image
Datuk Rahim Razali kini stabil meskipun disahkan mengidap penyakit pendarahan dalam otak (subdural hemorrhage) dan perlu menjalani rawatan pembedahan dengan segera. Beliau baru-baru ini telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Sunway Petaling jaya. Bagaimanapun, beliau sudah dipindahkan ke wad biasa hari ini. "Beliau dijadualkan menjalani pembedahan akibat penyakit berkenaan pada Rabu atau Khamis ini. “Saya ada hubungi anak beliau tadi iaitu Nadia dan saya dimaklumkan keadaan Datuk (Rahim) sudah stabil dan dia sudah pun dipindahkan ke wad biasa,” kata pelakon Khir Rahman. Untuk info, Rahim mengadu sakit kepala kepada anaknya sejak seminggu lalu tetapi tidak berkesempatan untuk menjalani pemeriksaan doktor kerana kesibukannya di lokasi penggambaran. Namun pada petang Ahad (semalam), Rahim yang sedang menjalani penggambaran di Kuantan, Pahang sekali lagi mengadu tidak sihat dan beliau kemudian terus dibawa ke Pusat Perubatan Sunway. Marilah kita...

Otak Jenazah Pelajar Tahfiz 'Segar' Seperti Hidup

Image
  Otak Jenazah Pelajar Tahfiz 'Segar' Seperti Hidup Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu. Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT. Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain. Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap. Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anu...

10 Tabiat Yang Boleh Rosakkan Otak

Image
  1. Tidak mengambil sarapan pagi. Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.   2. Terlebih makan Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.   3. Perokok Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.   4. Penggunaan gula yang berlebihan Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.   5. Pencemaran udara Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. 6. Terlebih tidur Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. ...