Posts

Showing posts with the label haji

Lady Evelyn Cobbold Wanita British Pertama Tunai Haji Di Mekah

Image
Hidup sebagai kaum bangsawan dengan kegelimangan harta, kehormatan, dan kemasyhuran sering kali diimpikan ramai orang. Hidup sebagai bangsawan laksana hidup di sebuah negera dongeng dengan sekali perintah segala keinginan boleh menjadi kenyataan. Begitu juga yang dialami oleh Lady Evelyn Cobbold. Sesuai dengan gelaran Lady yang melekat pada namanya, Evelyn Cobbold lahir sebagai seorang anak bangsawan. Lahir dengan nama Evelyn Murray di Edinburgh pada 17 Julai 1867, Evelyn merupakan anak tertua dari bangsawan Scotland, Charles Adolphus Murray, Pangeran Dunmore ke-7 dan Lady Gertrude Coke, anak perempuan dari Pangeran Leicester kedua. Dengan takdir hidup yang dijalaninya sebagai anak bangsawan, sejak kecil Evelyn merasa berbagai macam kenikmatan.  Namun, Evelyn dan keluarganya berhijrah mengikut ayahnya ke Wilyah yang lebih eksotik di Afrika Timur. Sejak itu kehidupan Evelyn banyak dikelilingi pembantu tempatan dari penduduk asli Mesir dan Algeria. Evelyn banyak menghabiskan musim se...

Penerbit Filem Hina Nabi Tunaikan Haji

Image
  Alhamdulillah! Penerbit Filem Hina Nabi Tunaikan Haji | RIYADH – Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini. Arnold Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya. Fandor yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji. ”Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat. “Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian...