Posts

Showing posts with the label agama

Apakah Agama Ultraman Sebenarnya?

Image
Ayah, Ultraman Apa Agamanya?  Satu persoalan spontan dan mungkin mengejutkan. Mungkin ramai diantara kita anggap ia satu persoalan bodoh. Lalu menjawab pertanyaan itu dengan alasan tertentu demi membantutkan rasa ingin tahu seseorang anak kecil agar mereka tidak bertanya lagi perkara seperti itu. Apakah Agama Ultraman yang sebenarnya. Cuba kita tanya diri sendiri, Adakah kita sebenarnya tahu untuk menjawab persolan itu. Atau mungkin kita tidak tahu! Tetapi adakah perlu kita memerah otak untuk memikirkan jawapan Apakah Agama Ultraman itu sebenar-benarnya. Agak bodoh, dan sekiranya ada jawapan mengenai Agama Ultraman, apakah faedahnya? Kadang-kadang persoalan yang remeh disekeliling kita besar pengertiannya. Berfikir adalah satu proses. Apabila kita cuba berfikir untuk mencari jawapan tentang sesuatu perkara, dengan izin Allah kita akan diberi satu petunjuk yang indah. Walaupun persoalan itu tidak dapat dijawab sekalipun, usaha kita menghayati dan memahami makna disebalik sesuatu pas...

Patung Jesus Disambar Petir

Image
Sebuah patung Yesus Kristus 62-kaki disebuah gereja di Ohio telah dipanah petir semasa ribut petir yang teruk dan meletup kemudiannya terbakar dan mengakibatkan patung tersebut hangus dijilat api. Patung yang bernilai $300,000 US dan diperbuat daripada bahan gentian kaca dan Styrofoam itu hanya tinggal rangka dawai. Kebakaran yang berlaku juga telah menyebabkan kerosakan $400,000 US kepada ‘Solid Rock Church’ di Monroe, Ohio. BACA: Patung Jesus Berdiri Teguh Dihentam Taufan Haiyan Vs Masjid Tak Ditenggelami Banjir

Konflik Syria Petanda Akhir Zaman

Image
Ustaz Nazmi Karim menunjukkan hadis Rasulullah yang menceritakan tentang keistimewaan negara Syam. KEMATIAN  rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel. Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia. Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman. Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Sy...

Mekah Musnah Pada Hari Jumaat!!!

Image
Hari Kiamat adalah hari di mana akan musnahlah segala yang tercipta dan akan binasalah segala makhluk yang pernah hidup di alam ini. Tahukah korang bahawa Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat? Jadi mari kita selami dan baca kisah di mana peristiwa-peristiwa (besar) yang akan berlaku sebelum munculnya Kiamat. 1. Munculnya Imam Mahdi Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang terakhir diutuskan dan Imam Mahdi pula adalah imam yang terkahir dan tiada lagi imam sesudahnya. Imam Mahdi adalah dari keturunan Hasan, yakni anak kepada Fatimah dan Ali bin Abi Talib. Ali pernah melihat Hasan sambil berkata: “Anakku ini akan menjadi pemimpin seperti dijanjikan Rasulullah dan nanti juga akan keluar dari keturunannya seorang lelaki yang namanya, kelakuannya sama seperti dengan nama nabi kamu, namun bentuk tubuhnya tidak sama”. Kemudian Ali menceritakan keadaan Imam Mahdi yang memimpin dunia secara adil dan bijaksana. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Akan keluarlah manusia dari sebelah timur, lalu...

Kisah Keinsafan Jutawan Saudi Yang Memilih Untuk Miskin

Image
  Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia. Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi. Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia. Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut. Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia. Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini. Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kes...

Benarkah Berita Ini?

Image
Subhanallah! Benarkah Mr Bean Sudah Memeluk Islam?  Hari ini kita dikejutkan dengan satu berita tentang nama Mr Bean ini. Mr Bean dikatakan sudah memeluk agama Islam . Berita yang dikhabar ini mula viral di laman-laman sosial seperti blog, Facebook dan Twitter. Tidak cukup itu lagi pelbagai cerita tentang Mr Bean mula menghiasi dinding-dinding Facebook . Walaubagaimanapun kesahihan berita ini masih lagi belum dipastikan kerana kita sendiri belum mendapatkan pengesahan daripada tuan punya badan sendiri. Adakah ia benar atau khabar angin? Jika benar, alhamdulillah! BENARKAH Mr. Bean atau nama sebenarnya, Rowan Atkinson sudah memeluk Islam? Khabar yang tidak dapat disahkan kebenarannya ini sudah mula tersebar di beberapa laman blog tertentu termasuk laman YouTube. Melalui laman web Islampos, berita tersebut dikatakan mula disebarkan oleh sebuah laman web anti-Israel, Sadabladi.com dengan menyatakan bahawa Mr. Bean mendapat hidayah selepas menonton filem fitnah tentang N...

Ceramah Agama Oleh Pengasas Surau Mustaqimah

Image
Kuliah Maghrib di surau Al-Ehsaniah Ahmadiah SS 5A/10 Kelana Jaya oleh yang berbahagia Ustaz Rosmadi Ramli yang merupakan pengasas dan pengerusi Surau Mustaqimah. Surat Dari Pengerusi Surau Mustaqimah Program Infaq Pelajar MADI Penyerahan Cheque Anak-Anak Yatim

Maafkan Ibu Mertua

Image
  Saya telah berumahtangga. Oleh kerana pendapatan kami sekeluarga agak kecil maka kami masih tinggal bersama ibu mertua. Masalahnya ialah ibu mertua sering berleter terhadap kami yang menyebabkan kami tertekan serta merasa bosan. Dalam situasi kami ini, apa yang seharusnya kami lakukan?   Jawapan: Alhamdulillah, syukran. Situasi seperti yang saudara katakan itu sepatutnya saudara tinggal berasingan namun saudara juga masih belum mampu. Oleh itu saya sarankan supaya saudara bersabar. Sabar ertinya menahan diri demi mendapatkan keredhaan Allah swt. Sekiranya saudara tidak bersabar mungkin akan timbul masalah atau implikasi lain yang negatif misalnya saudara mungkin berkrisis atau bersengketa dengan ibu mertua dan sukar untuk berdamai semula. Kesan bersengketa dengan ibu mertua itu mungkin mengakibatkan keretakan suami isteri pula yang mungkin sukar berdamai juga. Untuk menguatkan kesabaran, saudara perlu yakin akan janji Allah swt terhadap orang yang bersifat sabar...

Babi, Riba Dan Orang Kita

Image
Satu masa yang lalu, sangat kecoh di dunia siber apabila tersebarnya gambar penemuan daging babi di pasaraya NSK, Selayang. Tanpa diketahui siapa pengirimnya, gambar yang dikatakan sebagai “daging babi” ini terus tersebar secara viral di facebook dan media sosial yang lain. Pihak pengurusan pasaraya tersebut bersama beberapa chef terpaksa membuat penafian selepas isu hangat ini mula tersebar. “Ia bukanlah daging babi seperti yang disebarkan di internet, ia sebenarnya merupakan daging kambing..” antara penjelasan pihak pengurusan NSK. Orang kita sangat sensitif dengan babi. Apa jua yang berkaitan dengan babi pasti akan ditolak serta ditentang bermati-matian. Apa sahaja makanan yang disyaki punyai lemak babi atau DNA babi ini, pasti akan diboikot habis-habisan walaupun ia cuma sekadar khabar angin serta tiada bukti umum. Jika anda masih ingat, penjualan ubat gigi jenama terkenal jatuh merudum gara-gara tersebarnya khabar angin palsu bahawa ia mengandungi tulang babi. Ini men...