Posts

Showing posts with the label Umno

Bekas Timbalan Menteri UMNO Jadi Penghuni Rumah Orang Tua

Image
Siapa kata Menteri/Timbalan Menteri serta mantan-mantan hidup mewah seumur hidup mereka? Ada yang tidak bernasib baik kehidupan mereka berakhir menghuni di rumah kebajikan atau rumah orang-orang tua. Rasa terkejut apabila hal ini berlaku ke atas bekas anggota kabinet Malaysia, mantan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia serta bekas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datin Paduka Hajjah Rahmah Othman. Beliau yang dilaporkan kini telah ditempatkan di rumah orang-orang tua. Lebih menyayat hati pusat jagaan milik bukan orang Melayu/Islam. Betullah pendapat yang mengatakan bahawa seorang Ibu boleh melahirkan dan membesarkan 9 orang anak dengan sempurna, sebaliknya 9 orang anak belum tentu memelihara seorang Ibu. CTS hanya dapat bersimpati dengan nasib Datin Paduka. Kepada orang-orang UMNO, lapangkanlah masa anda untuk melawat tokoh parti ini. Tanpa beliau dan rakan-rakan seangkatannya, belum tentu parti sekukuh yang ada sekarang.  

Ustaz Kazim Kesal Tolak MT Umno

Image
Ini kisah yang keluar sendiri dari mulut penceramah popular, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim. Ia diceritakan depan 3,000 orang yang hadir mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaikan beliau di kampung Batak Rabit Teluk Intan pada Rabu malam. Menurutnya, ini kali pertama beliau mengakui depan orang ramai, iaitu beliau merasa terkilan dan menyesal kerana menolak tawaran Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk dilantik Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Disember lalu. Katanya setelah difikirkan kembali, sekiranya perlawaan itu diterima, sedikit sebanyak akan dapat membantu usahanya berdakwah dan mengajar agama Islam di negara ini. “Ketika perjumpaan empat mata bersama Datuk Seri Najib, saya telah diberikan tugas untuk memberikan fokus kepada beberapa perkara antaranya memupuk semangat dan jiwa Islam kepada anak-anak sekolah, remaja dan golongan belia serta memastikan siaran televisyen dipenuhi dengan rancangan berbetuk keagamaan. Menurut beliau, sebaik sahaja berit...

Punca Datuk Ahmad Said Letak Jawatan MB

Image
Punca Datuk Ahmad Said letak jawatan Mb Terengganu adalah kerana Jawatan MB Terengganu akan di ganti dengan penyandang baru - Datuk Seri Ahmad Said hari ini secara rasmi nya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Berbagai spekulasi sebelum ini heboh di media masa dan media sosial mengenai pengantian jawatan Menteri Besar, hari ini telah terjawab salah satu nya jawatan Menteri Besar Terengganu akan di gantikan dengan penyandang baru. Mengimbas kembali mengenai Datuk Ahmad Said semenjak di lantik menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau merupakan seorang pemimpian yang tegas dan lantang menyuarakan pendapat nya merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat amat di senangi oleh rakyat Terengganu. Hari ini secara rasmi nya rakyat Terengganu akan merasakan kehilangan Datuk Ahmad Said setelah perletakan jawatan nya sebagai Menteri Besar Terengganu, semoga yang berbahagia Datuk meneruskan usahanya membela rakya...

BN Tawar Kumpulan Rock Berserban Dan Berjubah

Image
Usaha menampilkan kumpulan muzik sebagai tarikan ceramah dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kajang turut menjadi tumpuan BN. Parti berkenaan mengundang Alfarabi Band, satu kumpulan yang mempersembahkan lagu-lagu berentak keras di pentas ceramahnya di Metro Point, Kajang pada malam tadi. Menurut jabatan penerangan Umno, kumpulan dianggotai seorang wanita berhijab dan empat lelaki berserban itu dipilih kerana mesej dakwah Islam dalam karya mereka. "Mereka membawa konsep kesederhanaan tetapi mendakwahkan Islam melalui muzik. "Ini menyegarkan semula kepercayaan Islam menerusi muzik," kata pegawai jabatan tersebut, Naseron Ismail ketika ditemui semasa persembahan kumpulan tersebut. Persembahan tersebut diadakan di atas satu kontena mudah alih, dengan latar belakang yang dihiasi tulisan “Jihad music”. Kumpulan itu turut mempersembahkan sebuah lagu nasyid klasik bertajuk Di Pondok Kecil, nyanyian asal kumpulan Nada Murni, yang digubah semula dengan irama metal. Persaingan...

Ustaz Kazim Elias Dilantik Ahli Majlis Tertinggi Umno

Image
PUTRAJAYA: Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias (gambar) adalah antara sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik, demikian diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini. Lapan lagi yang dilantik dalam MT ialah Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin, Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, bekas Naib Canselor UiTM Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohanizam Ibrahim. Ketika mengumumkan lantikan sembilan anggota MT di pejabatnya di sini, Tengku Adnan berkata mereka melengkapkan jumlah 13 MT tambahan yang diputuskan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan Umno. "Pelantika...