Posts

Showing posts with the label jaip

Wajah Pembunuh Pegawai JAIP, Mohon Sebarkan! (PDRM)

Image
12 Nov, Kuantan - Susulan kes bunuh Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato’ Sharifuddin Ab  Ghani, Ketua Polis Pahang telah mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sebentar tadi.  Lakaran wajah suspek diedarkan kepada pihak media dan turut akan dipamerkan dimerata tempat. Beliau menyeru orang ramai bekerjasama menyalurkan sebarang maklumat bagi mengesan dan menangkap penjenayah terbabit.  Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, ASP Zukri Muhammad di talian 013-9764999 atau Ibupejabat Polis Daerah Kuantan di talian 09-5652222 atau talian hotline 09-5142999 atau mana-mana balai polis berhampiran.  Diskripsi Suspek:  Susuk tubuh : Sasa  Warna kulit : Sawo matang  Warna rambut : Beruban  Bulu kening : Halus  Hidung : Sederhana  Bangsa : Melayu  Mulut : Nipis  Warna...

Gambar Dan Punca Pembunuhan Ketua Penolong Pengarah JAIP

Image
Gambar dan punca pembunuhan Ahmad Rafli - Hanya genap sebulan kes bunuh Norazita Abu Talib yang berkhidmat di Ambak sebagai pegawai operasi bank, rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan pembunuhan Ahmad Rafli Abdul Malek, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada petang Ahad. Ianya berlaku serentak dengan penangkapan pembunuh Norazita. Ahmad Rafli Abdul Malek, 49, dipercayai ditembak sebanyak tiga kali oleh sekumpulan lelaki berpakaian jubah warna hitam dan berkopiah yang datang menaiki kereta Wira Aeroback berwarna putih di hadapan rumahnya, di Indera Mahkota 2, Pahang. Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi. Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis namun menurut sumber motif pembunuhan itu ada kaitan dengan ketegasan Allahyarham mengambil tindakan ke atas kumpulan syiah yang wujud di Pahang. Kumpulan lelaki berkenaan dikatakan melakukan pembalasan. Apapun, kita tunggu dan lihat hasil penuh siasatan ...

Ketua Penguatkuasa JAIP Ditembak Mati Suspek Berjubah

Image
KUANTAN 10 Nov. – Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak oleh seorang lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini hari ini. Kejadian berlaku pukul 1.55 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback. Mangsa mati di tempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah hitam. Mangsa merupakan salah seorang yang aktif mengambil tindakan ke atas kumpulan syiah di Pahang. Ini menimbulkan spekulasi sama ada pembunuhan ini merupakan pembalasan daripada kumpulan syiah. Laporan berita mengenai kejayaan allahyarham mengekang ajaran syiah di Pahang. ROMPIN 28 Sept. – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menahan seorang imam beru...