Posts

Showing posts from September, 2014

6 Makanan Pesakit Kencing Manis Patut Amalkan

Image
Saya dah menulis tentang artikel makanan yang pesakit kencing manis perlu makan sebelum ini. Tetapi artikel 15 makanan power untuk pesakit kencing manis itu lebih kepada paparan gambar makanan tersebut sahaja dan tidak berapa ada ulasan. sumber imej roti Memandangkan artikel sebegitu yang mana jumlah perkataannya kurang daripada 300 perkataan, membuatkan google tidak suka menyenaraikannya sebagai satu bahan bacaan baik, maka saya cuba tulis sekali lagi artikel yang sama. Tetapi kali ini dalam bentuk yang lebih mesra google yang perlu ada banyak perkataan tentang makanan untuk pesakit kencing manis makan. Maklumat berkenaan jumlah perkataan kurang dari 300 itu saya dapat daripada pembacaan penulisan berkenaan cara google membuat carian. Entah tepat atau tidak, kurang pasti. Senarai 6 makanan untuk pesakit kencing manis makan Tanpa melengahkan permainan, kita terus kepada matlamat asal, khas untuk anda yang terkena sakit kencing manis atau yang biasa juga disebut Diabetes. Bukan untuk ya

Jualan Waqaf Lantai Surau Mustaqimah

Image

Kisah Benar Mayat Tidak Diterima Bumi

Image
Surau saya pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Saya berkesempatan untuk berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah. Di bawah ini saya perturunkan kisah beliau untuk renungan bersama. Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor. Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :- Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya. Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persek

10 Jenis Mayat Yang Tidak Akan Busuk Di Dalam Kubur

Image
Disebutkan oleh hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat : 1). Para Nabi-Nabi 2). Para Ahli Jihad Fisabilillah 3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH. 4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam. 5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an. 6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah. 7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan. 8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah. 9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama. 10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. (HR. Bukhari Muslim) SubhanAllah.. Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang seperti itu. Aamiin

Video Harimau Bunuh Budak Menjadi Viral

Image
PETALING JAYA: A youth in his early twenties was reportedly mauled to death by an endangered white tiger at the New Delhi Zoo on Tuesday, reports the  Times of India . It is not confirmed whether the youth accidentally fell into the tiger enclosure while taking photos of the rare animal, or if he was under the influence of alcohol and jumped into the enclosure. A video of the incident, filmed on a mobile phone by a bystander, which has since gone viral, shows the tiger standing in front of the youth and occasionally pawing at and sniffing him.  The youth is seen curled up in fear against the enclosure wall and seen praying. The tiger seemed momentarily distracted by the onlookers who were shouting at it. The animal then suddenly pounced on the youth and dragged him to the far end of the enclosure, before mauling him to death.  The video footage shows that the barrier of the enclosure was low, and several onlookers are seen climbing over the barrier to witness the incident. Delhi police

Masjid Songsang Rasmi Hari Ini

Image
Cape Town: Seorang ahli akademik akan meneruskan rancangan merasmikan apa yang dipanggilnya ‘masjid terbuka’ hari ini. Masjid berkenaan, menurut pengasasnya, Dr Taj Hargey, profesor di Pusat Pendidikan Islam Oxford di Britain, akan dibuka kepada semua orang termasuk yang bukan Islam dan gay. Menurutnya, dia tetap meneruskan rancangan membuka masjid itu walaupun menerima ancaman daripada pelbagai pihak. Dalam kenyataannya kepada akhbar The Cape Times, Hargey berkata, sudah tiba masanya untuk melancarkan ‘revolusi agama’ sesuai dengan revolusi demokrasi di Afrika Selatan dan masjid itu akan dibuka kepada semua orang, termasuk gay untuk bersembahyang di situ. Ceramah yang akan diadakan bersifat progresif, berilmu dan sama rata. Wanita akan dibenarkan menjadi imam sementara golongan gay dan bukan Islam dialu-alukan datang. “Ada yang ancam membunuh saya kerana masjid ini. Tetapi saya tak peduli,” katanya. Advertisement RHEEL Raza 60, mengimamkan sembahyang Jumaat di pusat pendidikan Islam O

Doktor Wanita Dari Malaysia Sertai ISI

Image
Kuala Lumpur: Polis akan menyiasat kesahihan satu laman blog didakwa milik seorang doktor wanita dari Malaysia yang menganggotai pasukan militan Negara Islam (IS). Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas, Bahagian Petugas Khas (Operasi/ Counter Terrorism) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci sebelum membuat ulasan lanjut mengenai pembabitan wanita itu dalam aktiviti pengganas. “Saya tidak dapat mengulas lanjut, biar kita lakukan siasatan terlebih dahulu,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini, semalam. Menerusi laman blog Diari Seorang Muhajirah seorang wanita bernama Shams, 26, menceritakan pengalamannya tinggal di Syria dan mengaku menganggotai IS. LAMAN blog Diari Seorang Muhajirah seorang wanita bernama Shams, 26, menceritakan pengalamannya tinggal di Syria dan mengaku menganggotai IS.

Cinta Songsang Pak Imam Di Trengganu

Image
KUALA TERENGGANU - Bahana cinta ‘pak imam’, seorang pemuda sanggup dijadikan tempat melampiaskan nafsu songsang seorang imam warga emas di sebuah masjid di Gong Badak, di sini, sejak enam tahun lalu. Bagaimanapun, mangsa yang berusia 24 tahun itu nekad membocorkan rahsia hubungan mereka kepada pihak berkuasa selepas dipercayai tidak tahan lagi melayan kerenah ‘kekasihnya’ itu yang didakwa sering berlaku curang dengannya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, imam yang berusia 66 tahun itu dipercayai bukan pertama kali melakukan seks oral terhadap mangsa, malah boleh dikatakan hampir setiap kali mereka berdating iaitu sejak Januari 2008 lagi. “Bagaimanapun, mangsa mendakwa kali terakhir suspek melakukan perbuatan terkutuk itu terhadapnya iaitu pada 4 Disember tahun lalu, kira-kira jam 11.30 malam di salah sebuah balai orang awam di kampung berkenaan. “Suspek dikatakan telah mengambil kesempatan ketika mereka berjumpa memandangkan sua