Posts

Showing posts with the label pakar

Jawapan Pakar Untuk Telefon Penumpang MH370 Yang Berbunyi

Image
Jawapan Pakar Untuk Telefon Penumpang MH370 Yang Berbunyi   | Laporan beberapa ahli keluarga penumpang yang mendakwa berjaya menghubungi telefon bimbit penumpang yang menaiki pesawat MH370, terus mengusutkan lagi teori kehilangan kapal terbang yang membawa 239 penumpang itu ketika operasi mencari dan menyelamat masuk hari kelima, hari ini. Profesor William Webb dari Akademi Kejuruteraan Diraja Britain ketika menjawab isu itu berkata, telefon bimbit penumpang sepatutnya tidak akan berfungsi kerana mungkin berada di dalam air, di luar kawasan liputan dan juga kehabisan bateri. “Dalam kes yang didakwa ahli keluarga mangsa, deringan yang didengari mungkin nada sebelum panggilan itu memasuki perkhidmatan peti suara,’’ katanya kepada MailOnline. Sementara itu, seorang lagi pakar telekomunikasi, Alan Spencer berpendapat deringan tersebut membuktikan telefon bimbit itu tidak berada di dalam air. Katanya, telefon bimbit hanya akan berbunyi jika dihidupkan dan berada di dalam kawasan liputan...