Anak Tidak Boleh Keluar Dari Kubur Selepas Kebumi Emak
pengajaran ini diambil dari Facebook. Sama-sama lah kita ambil ikhtibar dari kisah pengajaran ini. Usahlah dipertikai ini kisah benar atau palsu. Mak..Lepaskan Kaki Saida Makkkk!… Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng – gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka. ” Bincang apa tu ? Serius aku tengok,” saya menyapa. ” Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?” kata Jaimi, kawan saya. ” Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak fahamlah,” jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. ” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ” di kubur kat kampu...