Apa Nak Buat Kalau Voucher Br1m Hilang?


Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, terdapat dua sebab mengapa mereka menipu iaitu berbaris dua kali dan mengaku baucar mereka telah hilang.

Kementerian juga sedar akan apa yang berlaku dan meminta mereka untuk bayar semula.

“Ada dua sebab kenapa ini berlaku pertama mereka ingin menipu. Ada yang berbaris dua kali dengan tujuan untuk mendapat baucar sekali lagi.

“Kedua, mereka mengaku baucar hilang dan pergi ke pejabat daerah untuk minta gantian. Ini adalah tidak beretika dan tidak bagus.

“Kami tulis surat dan dah dapat bayaran balik. Daripada 6,576 orang kami dapat balik dari 1,806 orang.

“Ada yang merayu untuk bayar balik secara ansuran, yang tidak bayar balik nama mereka akan disenarai hitamkan dari menerima BR1M yang seterusnya,” katanya.

Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pula membangkitkan isu langkah-langkah kementerian untuk mengelak penerima daripada menipu.

“Kami akan salur ke akaun penerima dengan menggalakan pemohon memberi nombor akaun bank semasa mengemaskini untuk permohonan baru.

“Kami tidak lagi beri baucar tapi surat. Jika ada beri baucar akan ada ciri keselamatan dan apabila buat salinan akan ada perkataan salinan pada salinan tersebut,” jawab Ahmad.
JAWAPANNYA: PERGI KE PEJABAT DAERAH UNTUK MENDAPATKAN GANTI.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi