Status Terakhir Blogger Remaja Kacukan Melayu Inggeris
Penulis terlihat namanya itu di dalam salah satu blog…mungkin ia gadis berdarah campuran.. Terus penulis membuat carian di Google. Rupanya ada kisah tragis yang berlaku di sebalik gadis berusia 17 tahun ini. Apabila pertama kali membaca kisah mengenainya, hati berdebar-debar dan mata mula bergenang. Kesian sungguh! Berdarah kacukan Inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwik atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah sejak 3 Jun lalu dan kebetulan pada hari ini genaplah pemergiaannya yang ke 100 hari. Al-Fatihah buat Yasmin. Beberapa minggu sebelum meninggal dunia, arwah Yasmin seolah-olah sudah mendapat tahu yang dia akan kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya. Kebiasaanya kita sebagai orang yang berada di sekeliling tidak akan perasan mengenai apa yang berlaku, selepas seseorang itu tiada di muka Bumi ini, barulah kita tersedar. Itulah kuasa Allah. Antaranya perkara yang berlaku adalah, arwah Yasmin telah memuat naik gambar buku bertajuk ‘Beginikah R...