Posts

Showing posts with the label riba

Babi, Riba Dan Orang Kita

Image
Satu masa yang lalu, sangat kecoh di dunia siber apabila tersebarnya gambar penemuan daging babi di pasaraya NSK, Selayang. Tanpa diketahui siapa pengirimnya, gambar yang dikatakan sebagai “daging babi” ini terus tersebar secara viral di facebook dan media sosial yang lain. Pihak pengurusan pasaraya tersebut bersama beberapa chef terpaksa membuat penafian selepas isu hangat ini mula tersebar. “Ia bukanlah daging babi seperti yang disebarkan di internet, ia sebenarnya merupakan daging kambing..” antara penjelasan pihak pengurusan NSK. Orang kita sangat sensitif dengan babi. Apa jua yang berkaitan dengan babi pasti akan ditolak serta ditentang bermati-matian. Apa sahaja makanan yang disyaki punyai lemak babi atau DNA babi ini, pasti akan diboikot habis-habisan walaupun ia cuma sekadar khabar angin serta tiada bukti umum. Jika anda masih ingat, penjualan ubat gigi jenama terkenal jatuh merudum gara-gara tersebarnya khabar angin palsu bahawa ia mengandungi tulang babi. Ini men...