Posts

Showing posts with the label usia

Rahsia Kekal Sihat Pada Usianya 107 Tahun

Image
 CUCU Saadiah, Adila Hashim memberikan kopi O kepada neneknya.   Kepala Batas: Kopi ‘O’ dan ulam pegaga antara amalan rahsia seorang warga emas terus kekal sihat pada usianya kini 107 tahun. Kelewatan membuat kad pengenalan diri ketika kecil menyebabkan tarikh lahir sebenar Saadiah Hamad dari Simpang Empat Permatang Buloh, dekat sini, tidak mencatatkan usia sebenarnya, sebaliknya dia diletakkan berusia 99 tahun. Menurut Saadiah, kesukaran hidup ketika kecil menyebabkan keluarganya lewat membuat kad pengenalan diri selain dokumen penting kelahirannya hilang. “Kalau tanya petua untuk usia panjang, saya ada petua khusus iaitu kuat makan ulam pegaga dan mengkudu serta minum kopi ‘O’ tanpa tapis sejak muda,” katanya ketika dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Abdullah Hassan, di sini, semalam.   Saadiah mempunyai tujuh anak, tetapi dua daripadanya sudah meninggal dunia ketika masih kecil manakala anak sul...