Posts

Showing posts from May, 2014

Ustaz Kazim Kesal Tolak MT Umno

Image
Ini kisah yang keluar sendiri dari mulut penceramah popular, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim. Ia diceritakan depan 3,000 orang yang hadir mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaikan beliau di kampung Batak Rabit Teluk Intan pada Rabu malam. Menurutnya, ini kali pertama beliau mengakui depan orang ramai, iaitu beliau merasa terkilan dan menyesal kerana menolak tawaran Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk dilantik Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Disember lalu. Katanya setelah difikirkan kembali, sekiranya perlawaan itu diterima, sedikit sebanyak akan dapat membantu usahanya berdakwah dan mengajar agama Islam di negara ini. “Ketika perjumpaan empat mata bersama Datuk Seri Najib, saya telah diberikan tugas untuk memberikan fokus kepada beberapa perkara antaranya memupuk semangat dan jiwa Islam kepada anak-anak sekolah, remaja dan golongan belia serta memastikan siaran televisyen dipenuhi dengan rancangan berbetuk keagamaan. Menurut beliau, sebaik sahaja berit

Misteri Kubur Wanita Mati Dibunuh Di Tengah Masjid

Image
Mungkin ramai tertanya-tanya mengenai kubur yang berada di tengah-tengah Masjid Razaleigh di Bandar Lama, di Gua Musang, Kelantan.  Ini kerana belum pernah ditemui di mana-mana masjid sama ada di dalam atau luar negara kubur orang awam berada dalam masjid. Kebanyakan mereka daripada kalangan ahli jemaah terutama yang datang dari luar daerah ini sudah tentu membuat pelbagai andaian tersendiri, berikutan tidak mengetahui sejarah sebenar yang berlaku apabila melihat kubur yang dianggap pelik itu. Diakui semakin sukar untuk menjejak sejarah serangan komunis di Bandar Gua Musang sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana kebanyakan orang lama yang asal tinggal di bandar ini telah meninggal dunia. Bagaimanapun, mujur masih ada rujukan menerusi catatan sejarah dalam diari mengenai serangan komunis itu yang ditulis sendiri bekas Penggawa Hulu Kelantan ketika itu, Allahyarham Nik Jaafar Nik Soh.                               Mangsa sarat mengandung Catatan sejarah itu masih su

Sharifah Aini Sedang Bertarung Nyawa

Image
Sharifah Aini bertarung nyawa di hospital |  Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, kini dilaporkan terlantar di sebuah hospital swasta di ibu negara disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru. Bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil. Penyanyi bersuara lunak ini sebelum ini dijangkiti virus Influenza A (H1N1), lima bulan yang lalu. Menurut portal hiburan, walaupun keadaan Sharifah Aini stabil, namun dia belum bersedia untuk menerima pelawat disebabkan daya tahan tubuhnya yang agak lemah. "Setiap daripada kita tidak tahu bila akan dijemput oleh-Nya. Jika ditakdirkan ALLAH, tiba masanya untuk saya pulang ke rahmatullah dan keluar daripada hospital sebagai jenazah, dengan hati yang damai dan tenang saya reda apa yang telah ditetapkan. "Hanya satu saya pinta, doakan saya berakhir dalam khusnul khotimah (mati dalam keadaan yang baik). Di kesempatan ini juga, saya ingin memberitahu pada semua bahawa saya amat menyayangi dan menghargai kasih sayang serta doa daripada anda

Anak Gadis Jadi Batu Akibat Derhaka Ibu Di Indonesia

Image
Masyarakat di Dusun Jublek, Desa Napis, Kecamatan Tambakrejo, Kabupaten Bojonegoro, digemparkan oleh penemuan mayat di dalam peti.  Yang lebih menghairankan l lagi, mayat tersebut telah mengeras seolah-olah dipelihara bertahun-tahun lamanya.                       Sebenarnya mayat seorang wanita ini telah disumpah oleh ibunya kerana telah menderhaka terhadap ibu sendiri.                       Biarpun peristiwa ini telah lama berlaku namun diharapkan ianya menjadi iktibar buat kita semua Maklumat ini diperolehi melalui Berita Jatim di lapangan, Khamis (20/8/2009) menyebutkan, mayat tersebut dijumpai warga di salah satu rumah kosong di tengah hutan jati sekitar desa setempat.

Pesawat MAS MH1348 Disambar Petir

Image
ALOR SETAR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang sedang dalam perjalanan ke Langkawi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambar petir di bahagian enjin, tengah hari tadi.  Pihak MAS dalam kenyataan yang diemelkan mengesahkan kejadian itu membabitkan pesawat MH1348, namun tiada kemalangan dan kerosakan berlaku.  Seorang penumpang mendakwa kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11.50 pagi tadi.  Bagaimanapun, pesawat berkenaan berjaya mendarat dengan selamat dan berlepas pulang semula ke KLIA selepas itu.

Anjing Dipanah Lelaki Berkopiah Sudah Mati

Image
SEMALAM, kami telah berkongsi kisah mengenai lelaki berkopiah yang kini diburu polis kerana memanah seekor anjing sebanyak dua kali sehingga cedera di Taming Jaya, Balakong. Di laman sosial, gambar anjing dengan panah yang terlekat di tubuhnya dan juga lelaki berkenaan juga semakin banyak dikongsikan oleh pengguna internet. Baca: Pak Lebai Panah Anjing Sesat Cetus Kemarahan Penduduk Setempat Di laman sosial, gambar anjing dengan panah yang terlekat di tubuhnya dan juga lelaki berkenaan juga semakin banyak dikongsikan oleh pengguna internet. Bagaimanapun, menerusi The Star hari ini, anjing baka Rottweiler yang dinamakan Brianna tersebut dilaporkan telah mati akibat pelbagai penyakit termasuklah trauma akibat panahan tersebut. Menurut pihak veterinar yang merawatnya, keadaan anjing itu sememangnya lemah dan sakit kerana diabaikan dalam tempoh yang agak lama. Menerusi Facebook Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB), seorang wanita yang mendakwa rakannya merupakan jiran kepada lelaki tersebu

Punca Datuk Ahmad Said Letak Jawatan MB

Image
Punca Datuk Ahmad Said letak jawatan Mb Terengganu adalah kerana Jawatan MB Terengganu akan di ganti dengan penyandang baru - Datuk Seri Ahmad Said hari ini secara rasmi nya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Berbagai spekulasi sebelum ini heboh di media masa dan media sosial mengenai pengantian jawatan Menteri Besar, hari ini telah terjawab salah satu nya jawatan Menteri Besar Terengganu akan di gantikan dengan penyandang baru. Mengimbas kembali mengenai Datuk Ahmad Said semenjak di lantik menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau merupakan seorang pemimpian yang tegas dan lantang menyuarakan pendapat nya merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat amat di senangi oleh rakyat Terengganu. Hari ini secara rasmi nya rakyat Terengganu akan merasakan kehilangan Datuk Ahmad Said setelah perletakan jawatan nya sebagai Menteri Besar Terengganu, semoga yang berbahagia Datuk meneruskan usahanya membela rakyat Te

Hidayah Buat Flexia

Image
SELALUNYA , berpakaian menutup aurat apatah lagi berhijab sangat sinonim dengan wanita Muslimah. Tetapi, berlainan pula bagi gadis berbangsa Cina dan pemilik nama Yeap Chin Yee atau lebih mesra disapa sebagai Felixia Yeap ini. Biarpun pernah digelar simbol seks sebelum ini, kini bekas model majalah Playboy Bunny ini kelihatan lebih ayu dan jelita bak wanita Muslimah di luar sana. "Bagi saya, dalam menutup aurat, ia bukanlah tertakluk kepada mereka yang beragama Islam saja. "Ini kerana, saya sering kali melihat wanita yang beragama Islam tidak menutup aurat. "Saya percaya, agama Islam tidak pernah menghalang mana-mana wanita untuk menutup aurat dengan sempurna asalkan mereka tidak menyalahgunakan cara pemakaian itu," katanya kepada Zass dalam satu sesi fotografi, baru-baru ini. Begitu pun, sesuai dengan perubahan imejnya itu, anak kelahiran Ipoh, Perak ini mengumumkan bakal mengucap dua kalimah syahadah menjelang Ramadan ini bersempena dengan ulang tahun kelahirannya

Gempar!! Sultan Titahkan Najib Letak Jawatan Perdana Menteri

Image
Sultan Titahkan Najib Letak Jawatan Perdana Menteri Habis la kali ni kalau dah Sultan keluarkan titah supaya Perdana Menteri Malaysia meletakkan jawatan. Tapi sultan mana yang keluarkan titah supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan selaku ketua pentadbiran negara ini? Lihat di bawah: Ingat tak lagi dengan puak-puak yang mengaku bahawa mereka dari keturunan raja kerajaan empayar langkasuka nusantara, entah dari mana keturunan Sangkakala pun tak tau yang pernah menggemparkan negara apabila mereka bertindak melakukan demo dan cuba memecah masuk ke Istana Negara pada tahun lepas? Sultan gila ni la yang telah menitahkan secara terbuka kononnya agar Perdana Menteri melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri. Macam-macam gila ada di Malaysia sekarang ni, ada yang gila nak jadi Perdana Menteri dan ada yang gila nak jadi sultan ada yang nak jadi agong dan sekarang ni gila nak tunjuk kuasa pulak. Sumber   - See more at: http://kalamdunia.blogspot.com/2014/05/gempar-sultan-titahkan-najib-letak.

Rahsia Guru - Guru Pondok Mendatangkan Rezeki

Image
Pada hari ini, sekiranya anda merasakan  rezeki terlalu sempit , selalu  kehabisan wang , sangat terdesak.. peluang selalu terlepas , dipandang rendah,  bisnes merundum  atau hati tidak tenteram dengan keadaan hidup – maka kami akan bersedia berkongsikan satu rahsia yang menjadi amalan para ulama dahulukala untuk anda keluar dari segala macam masalah. 1) Amalan Zikir Pembuka Qalbu 2) Amalan Hembusan Sakti 3) Amalan Syahadah Tauhid Wa Rasul 4) Amalan Hujan Rezeki 5) Amalan Pancaran Cahaya Tubuh 6) Amalan Sapu Angin Sapu Bumi 7) Amalan Tafakur Sufi   Ketujuh-tujuh amalan ini bakal mengubah kehidupan anda . Ramai telah membuktikannya. Prof.Dr.Hj Sharin bersedia membantu anda dalam Program Bengkel Menguasai Keajaiban Frekuensi Asma Ilahi (Kerohanian II)    InsyaAllah, selepas mengikut bengkel ini; - Rezeki anda akan mengalir lancar - Masalah hutang beransur hilang - Ketenangan di dalam hati - Kerjaya anda akan meningkat - Untung bisnes berlipat ganda - Rezeki yang tidak putus-putus - Terpa

Dihalau Di Majlis Perkahwinan Kerana Miskin

Image
ehsan google  Assalamualaikum A lhamdulilah masih lagi bernyawa di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur ke hadrat ilahi atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Sallallahu Alaihi Wasallam. Sebenarnya sampai sekarang acik tak habis berfikir tentang pekara ini, kenapa manusia ini lebih mementing status , pangkat dan darjah seseorang itu ? Kalau dia kaya, berharga yang banyak mesti di sanjung dan di si miskin mesti di hina ? Adakah penting sangat pangkat dan darjat di mata kamu ?  Ia acik tahu itu melihatkan usaha dan krebiliti kamu dalam pekerjaan kamu dan bersungguh serta bekerja keras untuk dapatkannya. Tetapi kenapa perlu bongkak dan berlagak? Sahabat Nabi Muhammad SAW, Abdul Rahman Auf adalah contoh orang kaya yang semakin tawaduk kepada Allah dan merendah diri apabila dikurniakan kekayaan. Beliau adalah orang kaya bersifat mulia. Abdul Rahman yang terkenal sebagai pedagang kaya tidak mudah terbawa-bawa dengan kekayaannya, sebaliknya sentiasa teguh berpegang kepada I

Ini Isi Pidato Sultan Brunei Yang Menggoncang Dunia

Image
ALHIKMAH.CO— Negeri Jiran Brunei Darussalam secara resmi menerapkan syariat Islam Hukum jinayah pada hari Kamis (1/5/2014). Sebelumnya, Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah menyatakan bahwa keputusan ini dilandasi ridha Allah dan ibadah kewajiban agama Islam bahwa pemimpin wajib menerapkan hukum Allah. Berikut Pidato Sultan Brunei terkait penerapan syariat Islam di Brunei. “Pada 22hb Oktober 2013 yang lalu Beta telah mengumumkan perwartaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013, maka pada hari ini setelah berlangsung 6 bulan Beta dengan bertawakal kepada Allah SWT serta bersyukur mengistiharkan bahawa esok hari Khamis 1 Rejab 1435 H bersamaan 1hb Mei 2014 M adalah tarikh mulanya berkuatkuasa Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013 fasa pertama yang kemudian akan diikuti pula dengan fasa selanjutnya. Tidaklah berbangkit sama sekali kita menangguhkan sebagaimana yang dinukil oleh media. Kita perlu memahami ungkapan enam bulan selepas akta digazetkan dimana sehingga ke hari ini pun

Betulkah Obama Berjumpa Anwar Ibrahim Secara RAHSIA?

Image
1. Pada jam 11 pagi tadi Obama telah selamat berlepas di Lapangan Terbang Subang ke US. Maka saya terpanggil untuk menganalisis sesi lawatan tersebut. 2. Sebenarnya Lawatan Barack Obama ke Malaysia dari 26 hingga 28 April 2014 ini adalah lawatan kedua selepas lawatan pertama yang dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat ke-36, Lyndon Baines Johnson 48 tahun yang lalu pada Ahad Oktober 30, 1966, dalam jadual lawatan “Asian Odyssey”. 3. Antara tujuan utama lawatan Barack Obama ke Malaysia antara salah satunya adalah bagi membincangkan mengenai TPPA, WMD dan Visa Waiver. 4. Kehadiran Obama ini adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi, sosio-politik dan sekuriti Malaysia dan rantau Asia secara amnya, justeru ketibaan individu nombor 1 dunia ini sudah pasti akan menarik mata ramai pihak dan secara tidak langsung, ia mampu menggugat keselamatan orang terpenting di dunia. Foto: FB Rasmi Kedutaan Amerika Syarikat Di Malaysia. 5. Untuk makluman, sebelum tibanya Presiden Obama ke Malaysia, kerja-