Posts

Showing posts with the label pdrm

PDRM Mohon Maaf

Image
PIHAK  Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memohon maaf di atas kesilapan mereka memuatnaik gambar seorang lelaki yang cedera di kepalanya didakwa akibat dibaling batu ketika perhimpunan haram ketika sambutan Ambang 2014 malam tadi. Kenyataan memohon maaf itu dibuat melalui laman rasmi Facebook PDRM hari ini. “Kami memohon maaf di atas ketidak pekaan memuatnaik sekeping gambar yang disangka sebagai anggota polis yang cedera semasa menjalankan tugas di malam ambang tahun baru. “PDRM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengeruhkan keadaan,” kata kenyataan itu di Facebook. Menurut kenyataan itu, PDRM juga merupakan manusia biasa yang juga kerap tersilap. “Kami juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan namun akan sentiasa dan terus memperbaiki kelemahan yang ada. “Sekali lagi kami mohon maaf di atas apa yang berlaku,” katanya. Malam tadi, tersebar gambar seorang lelaki dengan kepalanya berlumuran darah dan menurut keterangan gambar, lelaki itu merupakan anggot...

Wajah Pembunuh Pegawai JAIP, Mohon Sebarkan! (PDRM)

Image
12 Nov, Kuantan - Susulan kes bunuh Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato’ Sharifuddin Ab  Ghani, Ketua Polis Pahang telah mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sebentar tadi.  Lakaran wajah suspek diedarkan kepada pihak media dan turut akan dipamerkan dimerata tempat. Beliau menyeru orang ramai bekerjasama menyalurkan sebarang maklumat bagi mengesan dan menangkap penjenayah terbabit.  Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, ASP Zukri Muhammad di talian 013-9764999 atau Ibupejabat Polis Daerah Kuantan di talian 09-5652222 atau talian hotline 09-5142999 atau mana-mana balai polis berhampiran.  Diskripsi Suspek:  Susuk tubuh : Sasa  Warna kulit : Sawo matang  Warna rambut : Beruban  Bulu kening : Halus  Hidung : Sederhana  Bangsa : Melayu  Mulut : Nipis  Warna...