Suami Bohong Isteri Tak Salah Mengikut Hukum
KEPADA suami-suami, jangan rasa bersalah jika bohongi isteri. Kata seorang ustaz, bohong isteri tidak salah mengikut hukum. Tetapi bukan semua bohong dibenarkan! Tidak bolehlah jika keluar dating, balik rumah tengah malam, kata kepada isteri "Lama pulak tok guru tu baca kitab Tarbiyatul Ulum Fiddunniyawi malam ni, sampai tersengguk-sengguk abang..." "Tarbiyatul Ulum Fiddunniyawi? Tak pernah dengar pun nama kitab tu bang?" "Awak mana tahu, ke masjid pun setahun sekali. Itu kitab untuk orang yang maqam tinggi macam abang ni, kitab tasawuf!" Itu bohong yang haram namanya.! Walaupun Tarbiyatul Ulum Fiddunniyawi itu maknanya 'mempelajari ilmu-ilmu dunia' dan dari satu segi, anda seolah-olah sudah bercakap benar kepada isteri, hakikatnya anda tetap bohong. Bukan itu pembohongan yang dibenarkan dalam Islam. Anda semata-mata mahu mengaburi mata isteri dengan jubah dan kopiah yang ditukar di jalanan. Bohong seperti itu tak bol...