Posts

Showing posts with the label anjing

Anjing Dipanah Lelaki Berkopiah Sudah Mati

Image
SEMALAM, kami telah berkongsi kisah mengenai lelaki berkopiah yang kini diburu polis kerana memanah seekor anjing sebanyak dua kali sehingga cedera di Taming Jaya, Balakong. Di laman sosial, gambar anjing dengan panah yang terlekat di tubuhnya dan juga lelaki berkenaan juga semakin banyak dikongsikan oleh pengguna internet. Baca: Pak Lebai Panah Anjing Sesat Cetus Kemarahan Penduduk Setempat Di laman sosial, gambar anjing dengan panah yang terlekat di tubuhnya dan juga lelaki berkenaan juga semakin banyak dikongsikan oleh pengguna internet. Bagaimanapun, menerusi The Star hari ini, anjing baka Rottweiler yang dinamakan Brianna tersebut dilaporkan telah mati akibat pelbagai penyakit termasuklah trauma akibat panahan tersebut. Menurut pihak veterinar yang merawatnya, keadaan anjing itu sememangnya lemah dan sakit kerana diabaikan dalam tempoh yang agak lama. Menerusi Facebook Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB), seorang wanita yang mendakwa rakannya merupakan jiran kepada lelaki tersebu...

Melampau Sungguh Zoo Tipu Pengunjung Ganti Singa Dengan Anjing

Image
Sebuah zoo di Luohe, Henan, China mendapat kecaman hebat selepas disyaki cuba menipu pengunjung dengan menggantikan singa kepada anjing. Perkara ini kantoi selepas seorang pengunjung yang dikenali sebagai Liu, datang ke zoo berkenaan untuk mengajar anaknya perbezaan bunyi antara binatang. Liu bagaimanapun terperanjat selepas haiwan di dalam kandang ‘Singa Afrika’ tiba-tiba menyalak. Selepas dilihat dengan teliti, ternyata ‘singa’ itu sebenarnya anjing baka Tibetan Mastiff yang bersaiz besar dan berbulu panjang. Hal ini dianggap satu penipuan oleh pihak zoo yang mengenakan bayaran sebanyak 15 Yuan (RM8) ke atas setiap pengunjung yang mahu memasuki zoo tersebut. - REM RAMZI Sumber:  Euronews.com

Anjing Israel Dilatih Menerkam Orang Yang Melaungkan Allahuakbar

Image
Jerusalem – Dr. Ahmed Tibi, wakil Arab di parlimen Israel Knesset mengatakan bahawa pasukan p Zionis Israel telah melatih “kumpulan anjing” khusus untuk menerkam dan menyerang setiap orang yang berteriak “Allahu Akbar”. Dalam pertemuan dengan perbincangan dengan Menteri Keamanan Dalam Negeri Israel, semalam, Tibi mengatakan, “Bagaimana Anda melatih anjing-anjing Anda untuk menyerang orang Arab?! Apa sebenarnya yang menakutkan Anda tentang kefahaman agama dan iman “Allahu Akbar”?! ” Tibi meneruskan pertanyaannya dengan mengatakan, “Apa yang Anda latih terhadap anjing-anjing Anda untuk bertindak jika melewati sebuah masjid atau kaum Muslimin yang sedang solat dan melaungkan”Allahu Akbar”?!” Tibi telah mengejutkan parlimen “Knesset” Zionis dengan perkataannya tentang masalah ini. Dia menerangkan di depan sejumlah anggota parlimen dengan mengatakan, “Apakah Anda belum mendengar salah seorang pemimpin tentera yang menghadiri sebuah festival, menampilkan anjing-anjing tersebut da...