Cubaan Memesongkan Fakta
Blog Negarapakatanrakyat hari ini menulis satu entri yang betul-betul tak masuk akal. Suspek utama kes bunuh Ambank yang sudah kelihatan jelas di rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank yang memegang senjata pump-gun termasuk melarikan wang dari bilik kebal boleh dikatakan blogger ini tidak bersalah!! Rupa suspek yang ditahan pula dipertikaikan konon-kononnya banyak yang sama. (Baca Artikel Berkenaan: Layanan Buruk Suspek Bunuh Ambank: Indonesia Perlu Kemuka Bantahan) Beginilah rupanya blog kelahiran pemikiran pembangkang, bila dah tak ada modal, nak pusing fakta pun dah berbunyi macam orang tak berpendidikan. Berikut entri penuh blog itu yang bertarikh hari ini :- Aku betul tak faham kenapa ramai sangat yang gembira bila suspek utama kes pembunuhan seorang pegawai Ambank di Subang Jaya pada 23 Oktober yang lepas berjaya ditangkap polis. Termasuklah yang menyatakan kegembiraan itu semalam ialah Najib Tun Razak...