Jin Islam Bongkar Rahsia Segitiga Bermuda
Perhatian : Maklumat dalam artikel ini adakalanya diluar kotak pemikiran biasa para pembaca. Jika mana-mana bahagian dalam artikel ini mengganggu ketenteraman, anda tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaan . Jin berbeza dengan malaikat. Kesemua Malaikat beriman kepada Allah SWT, sedangkan jin, ada yang beriman ada juga yang kafir seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah SWT dan sebahagian yang ingkar. {1} Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki pelbagai bangsa, puak dan keturunan. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran yang sama seperti manusia. Setiap puak itu mempunyai ketuanya selain Raja. dari sini terbentuklah Daerah, pentadbiran seterusnya adalah Negeri, dan terakhir menjadi Negara. Bukti kepada pernyataan diatas adalah berdasarkan: Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api” (Surah ar-rahman : ayat 15) Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)” (Surah al-Dzariyat : ayat 56) W...