Posts

Showing posts with the label syariat

Lemah Mengamalkan Syariat Batin

Image
Ramai orang boleh melaksanakan syariat lahir boleh bersembahyang, puasa, zakat naik haji, baca Al Quran dan lain-lain lagi Mengerjakan syariat batin sangat lemahnya Seperti susah hendak sabar, payah berkasih sayang berat memberi maaf dan meminta maaf, tidak ada belas kasihan, tidak mudah redha Apatah lagi rasa bertuhan, rasa rendah diri rasa hina, rasa hamba, rasa berdosa dan bersalah rasa bertimbang rasa dan bertolak ansur Kerana itulah akhlak mulia tidak lahir dari orang yang beribadah seperti bersembahyang, puasa, naik haji baca Al Quran, berdakwah dan berjuang Padahal dari syariat batin itu lahirlah akhlak yang mulia Akhlak yang mulia itulah pandangan Allah pandangan Rasul dan pandangan manusia Orang yang bukan Islam masuk Islam kerana akhlak yang mulia yang ada pada umat Islam bukan kerana banyak ibadahnya Orang Islam yang lemah agamanya akan sedar dan insaf kerana melihat akhlak mulia orang Islam yang bermujahadah dan bersyariat Hari ini payah orang hendak masuk Islam kerana bung...

Bertudung Lingkup Tapi Tak Bersyariat

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat kisah dari seorang sahabat. Ceritanya berlaku kepada sekumpulan jemaah tabligh masturat yang sedang transit di sebuah lapangan terbang antarabangsa di sebuah negara dalam perjalan menuju kesuatu tempat. Kepada yang tak tahu erti jemaah masturat itu maksudnya jemaah suami isteri. Oleh kerana aku tak berapa nak ingat cerita secara tepat jadi aku kisahkan secara ringkas sahaja. Seorang wanita Inggeris telah menghampiri jemaah masturat lalu bertanya kepada salah seorang jemaah lelaki, mengapa sangat kejam memaksa jemaah wanita menutup muka melindungi kecantikan wajah dan tubuh seorang perempuan. Jemaah lelaki menerima kritikan dengan senyum sambil melihat jemaah wanita yang memakai purdah. Dengan sopan jemaah lelaki bertanya kepada wanita Inggeris bolehkah menunjukkan dimana pasport beliau. Terpinga-pinga wanita Inggeris tersebut apabila menerima soalan balas yang tidak menjawab soalan beliau. Wanita Inggeris tersebut telah membuka ...