ABIM Sambut Debat Dengan Kassim Ahmad Anti Hadis
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyahut cabaran debat yang dilontarkan pemikir kontroversi Kassim Ahmad seperti yang dilaporkan media semalam. Naib presidennya Hasri Harun berkata, pada pasa sama Kassim Ahmad juga perlu bersedia mengubah serta berhenti mengeluarkan pandangan tidak berasas mengenai Rasullulah S.A.W , ulama’, dan tradisi keilmuan Islam. "Selagi perkara ini tidak disiasat oleh pihak berkuasa agama, pandangan yang diutarakan termasuk menyatakan rambut itu bukan aurat serta mempertikai syahadah kenabian telah memperlihat seolah-olah mendapat “endorsement” dari pihak kerajaan. "Jika terbukti dan diputuskan idea dan pemikiran Kasim Ahmad bercanggah dengan Islam maka beliau perlu berhenti menyebarkan pandangan beliau dan bertaubat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mengulas lanjut, Hasri berkata Abim pada 28 Jun 1986 pernah mengadakan muzakarah bersama Kassim Ahmad di Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya. Menerusi di...