Posts

Showing posts with the label akhirat

7 Golongan yang mendapat naungan Allah di Hari Akhirat

Image
7 Golongan yang mendapat naungan Allah di Hari Akhirat kelak berdasarkan hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim. "Ada tujuh golongan yang akan Allah naungi pada hari di mana tidak ada naungan selain naungan-Nya" 1 . Pemimpin yang adil. 2 . Pemuda yang beribadah kepada Allah (menjaga solat dan kewajipan yang lain serta melaksanakan sunnah Rasulullah SAW) 3 . Lelaki yang hatinya selalu terpaut pada masjid (solat jemaah lima waktu di masjid) 4 . Dua orang yang saling mencintai, berkumpul dan berpisah kerana Allah semata-mata  (Nota: orang couple tidak termasuk dalam kategori ini, bercouple adalah haram dan boleh membawa kepada maksiat) 5 . Lelaki yang menolak rayuan wanita untuk berbuat maksiat. Dia menolak dengan mengatakan " Aku takut kepada Allah ". 6 . Seorang yang bersedekah dengan diam-diam sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kananya (nota: digalakkan bersedekah dengan menyembunyikan tang...

Berpantang Ajal Sebelum Maut

Image
Budak kecil ini tidak mati walaupun telah digilis sebuah kereta yang berat. Kuasa Allah SWT mengatasi segalanya. Sila lihat video di bawah.  

Kisah Benar Wanita Kaki Ngumpat Sukar Dikafankan

Image
gambar hiasan   Menjalani kehidupan dengan gemar mengumpat orang adalah satu perbuatan yang amat ditegah dalam Islam. Mengumpat adalah satu sifat yang suka memburuk-burukkan individu tertentu di hadapan orang lain. Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati . Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah. Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan. Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lag...

Ceramah Agama Oleh Pengasas Surau Mustaqimah

Image
Kuliah Maghrib di surau Al-Ehsaniah Ahmadiah SS 5A/10 Kelana Jaya oleh yang berbahagia Ustaz Rosmadi Ramli yang merupakan pengasas dan pengerusi Surau Mustaqimah. Surat Dari Pengerusi Surau Mustaqimah Program Infaq Pelajar MADI Penyerahan Cheque Anak-Anak Yatim

Maafkan Ibu Mertua

Image
  Saya telah berumahtangga. Oleh kerana pendapatan kami sekeluarga agak kecil maka kami masih tinggal bersama ibu mertua. Masalahnya ialah ibu mertua sering berleter terhadap kami yang menyebabkan kami tertekan serta merasa bosan. Dalam situasi kami ini, apa yang seharusnya kami lakukan?   Jawapan: Alhamdulillah, syukran. Situasi seperti yang saudara katakan itu sepatutnya saudara tinggal berasingan namun saudara juga masih belum mampu. Oleh itu saya sarankan supaya saudara bersabar. Sabar ertinya menahan diri demi mendapatkan keredhaan Allah swt. Sekiranya saudara tidak bersabar mungkin akan timbul masalah atau implikasi lain yang negatif misalnya saudara mungkin berkrisis atau bersengketa dengan ibu mertua dan sukar untuk berdamai semula. Kesan bersengketa dengan ibu mertua itu mungkin mengakibatkan keretakan suami isteri pula yang mungkin sukar berdamai juga. Untuk menguatkan kesabaran, saudara perlu yakin akan janji Allah swt terhadap orang yang bersifat sabar...

DUNIA TEMPAT BERPENAT, DI AKHIRAT NANTI KITA BEREHAT

Image
  Jangan mencari keadilan yang mutlak di dunia ini. Terimalah hidup seadanya. Jadilah diri sendiri. Kita ubah yang mampu diubah, yang tidak mampu serahkan kepada Allah. Jika bahagia yang dicari, tetapi derita yang diberi… terimalah. Bahagialah dengan derita itu. Manusia akan tersiksa oleh jangkaan dan harapannya. Allah ciptakan putaran hidup ini seumpama kitaran cuaca dan musim. Ada yang menikmati empat musim seperti Eropah. Ada yang kontang sepanjang masa umpama Sahara. Ada yang dingin memanjang seperti di  Antartika. Kita hamba… setelah berusaha sehabis daya, pasrah dan menyerahlah. Carilah R&R dalam kembara hidup ini, di sanalah tempat kita berehat seketika… sebelum berehat selama-lamanya!  Jika ditakdirkan tidak kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini, terimalah hakikat ia memang tidak ada. Di akhirat sana tempat ‘ada’ dan sempurna segala. Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil ini mampu menahannya. Dalam setiap yang kita miliki, pasti ...