Posts

Showing posts from November, 2014

Dosa Ibu Bapa Jadikan Anak Keras Hati

Image
KEROSAKAN ANAK KIFARAH DARI DOSA IBU BAPA Sehari dua ini kita disajikan dengan kes-kes buang bayi yang bertali arus. Ajaran sesat pula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Itu tidak termasuk keruntuhan akhlak yang tidak lagi boleh dipandang remeh. Jenayah bunuh, ragut semakin menjadi-jadi. Anak-anak sudah tidak kenal budi bahasa dan adab sopan. Si kaya terus menindas. Yang berkuasa semakin rakus  dengan pelbagai bentuk korupsi, kronisme dan nepotismenya. Di RPWP, semakin hari semakin banyak kes-kes rumahtangga dan keruntuhan akhlak anak-anak yang dirujuk bagi mendapat ulasan dan pedoman untuk mengatasinya. Semakin ramai ibubapa yang telah putus asa, tidak mampu lagi memperbaiki keadaan dan ingin menyerahkan sahaja anak mereka sendiri. Yang anak angkat apatah lagi. Padahal mereka tahu yang keutamaan kami ialah anak yatim dan asnaf fakir. Bahkan mereka lihat sendiri yang rumah ini sudah penuh dan padat..! Ada juga yang kami cuba ambil dan bantu memulihkannya. Dilema yang kami hadapi ial

Anak Gadis Yang Takutkan Allah

Image
Takutkan Allah Takutkan Allah Seorang gadis kecil pulang dari sekolah. Setibanya di rumah, ibunya melihat anak kecilnya  dirundung kesedihan . Maka ibu pun bertanya kepada puterinya itu tentang sebab kesedihannya. Anak:  “Aduhai ibuku, sesungguhnya Pengetua telah memberi amaran akan membuangku dari sekolah kerana pakaian labuh yang ku pakai.” Ibu:  “Tetapi itu adalah pakaian yang dikehendaki oleh Allah, wahai puteriku.” Anak:  “Benar, wahai ibu, akan tetapi Pengetua tidak menyukainya.” Ibu:  “Baiklah, wahai puteriku, Pengetua itu tidak menghendaki, tetapi Allah menghendakinya. Maka siapakah  yang akan kamu taati ? Adakah kamu akan mentaati Allah yang telah menciptakanmu dan membentukmu, serta yang telah mengurniakan kenikmatan kepadamu? Atau kamu akan mentaati seorang makhluk yang tidak mampu memberikan manfaat dan kebaikan kepada dirinya sendiri?” Anak:  “Sesungguhnya saya akan taat kepada Allah.” Ibu:  “Bagus, wahai puteriku, kamu tepat sekali.” Pada hari berikutnya, gadis kecil itu

Jin Islam Bongkar Segitiga Bermuda

Image
Perhatian : Maklumat dalam artikel ini adakalanya diluar kotak pemikiran biasa para pembaca. Jika mana-mana bahagian dalam artikel ini mengganggu ketenteraman, anda tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaan . Jin berbeza dengan malaikat. Kesemua Malaikat beriman kepada Allah SWT, sedangkan jin, ada yang beriman ada juga yang kafir seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah SWT dan sebahagian yang ingkar. {1} Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki pelbagai bangsa, puak dan keturunan. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran yang sama seperti manusia. Setiap puak itu mempunyai ketuanya selain Raja. dari sini terbentuklah Daerah, pentadbiran seterusnya adalah Negeri, dan terakhir menjadi Negara. Bukti kepada pernyataan diatas adalah berdasarkan: Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api” (Surah ar-rahman : ayat 15) Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)” (Surah al-Dzariyat : ayat 56) Wahai golongan

Rahsia Kenapa Jangan Isi Minyak Penuh Tangki Yang Ramai Tak Tahu

Image
Di dalam tangki minyak kereta telah direka untuk supaya ada ruangan minyak dan udara, jadi mengapa perlu kita isi minyak sampai penuh tangki. Ramai yang tidak sedar atau tidak tahu langsung, bahawa pam di stesen minyak ada sistem return pipe-line, di mana ia mengalirkan balik minyak kedalam tangki simpanan stesen minyak. Apabila tangki minyak kereta sudah penuh, mekanisme pam akan selak injap masuk pam dan injap sistem return pipi-line dibuka, untuk membolehkan petrol berlebihan mengalir masuk balik ke tangki simpanan stesen minyak. Ini bermakna ada telah MENDERMA MINYAK KEPADA TAUKE STESEN MINYAK. Kalau boleh isilah petrol anda pada awal pagi semasa suhu tanah masih lagi sejuk. Kerana semua stesen minyak menanam tangki simpanan minyak mereka di bawah tanah. Lebih sejuk tanah, lebih pada petrol. Dan apabila panas, petrol akan mengembang. Jadi jika kita mengisi minyak di siang hari, seliter itu bukannya betul-betul seliter petrol yang anda bayar. Apabila anda mengisi minyak, jan

10 Tips Menjadi Isteri Solehah

Image
PERNIKAHAN  merupakan permulaan kepada sebuah hidup yang dipenuhi dengan tanggungjawab sebagai suami dan isteri dan juga tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Sekiranya kita bijak melayari bahtera rumahtangga, kita akan belayar di lautan yang tenang dan membahagiakan. Bukan badai, ombak besar atau ribut taufan yang diharapkan, tetapi cukuplah sekadar ombak kecil yang akan lebih merapatkan hubungan mesra penuh kasih sayang dan meningkatkan kefahaman antara pasangan. Dibawah ini merupakan kata-kata yang diucapkan oleh  Umamah binti Harith  kepada anak perempuannya yang bakal bernikah dengan Raja dari Yaman, Al-Harith bin Amru. ”Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu sepuluh perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam rumahtangga nanti” 1)  "Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk"  .  Jangan melakukan sesuatu yang tidak disukai ol

Kisah Tukang Kasut (OKU) Di Kaki Lima Ini Membuatkan Kami Menitis AirMata

Image
Masih ada lagikah orang yang melakukan perkerjaan tukang kasut di kaki lima? Mungkin masih ada di sesetengah tempat terutamanya di ibu kota atau bandar-bandar besar. Sesekali pernah juga menggunakan khidmat mereka. Hasil kerja mereka rata-ratanya memuaskan hati pelanggan berbanding sesetengah kedai membaiki kasut yang bertapak di kedai-kedai lot. Seperti biasa, lain pelanggan lainlah karenahnya. Ada yang berkira, ada yang berhutang, ada juga yang bermurah hati memberikan bayaran lebih kepada si tukang kasut walaupun mereka tidak meminta. Ianya diberi atas dasar kasihan dan simpati. Membaca perkongsian cerita di bawah ini, benar-benar mengusik hati jiwa kami. Entah kenapa si tukang kasut dilayan sebegitu rupa. Hina sangatkah pekerjaan mereka di mata orang kaya? Baca kisah si tukang kasut di kaki lima yang juga merupakan seorang OKU: "Tulusly" Chapter 25 ............. Dalam perjalanan balik dari mall. Aku menyelusuri lorong belakang mall. Hajatnya nak baiki kasut

Antara Sebab Israel Mahukan Tanah Palestin

Image
Ratusan tahun umat Islam dan dunia ditipu dan diperdaya untuk mempercayai Kubah As-Sakhrah adalah Masjid Al Aqsa. Jutaan poster dicetak dan dihadiahkan kepada umat Islam, kebanyakkannya diberi percuma untuk digantung dan dipamerkan. Ramai yang sanggup berbelanja membuat frame yang cantik untuk gambar Masjid Al-Marwan ini. Simbol kubah berwarna emas terpahat didalam fikiran umat Islam khususnya, dan dunia ‘amnya sebagai menggambarkan Al Aqsa. Dunia ditipu sekian lama! Sebenarnya Yahudi Zionis sudah lama mengidam untuk merampas Al Aqsa, dan Baitul Muqaddis. Bagi Yahudi Zionis, ini bukan isu penempatan, atau geografi, atau isu ekonomi. Ini adalah isu agama. Mereka mempercayai dan berkeyakinan bahawa ada “utusan”, “penyelamat”, “messiah”, “saviour’ yang akan turun untuk menyelamatkan mereka. Sebenarnya “utusan” yang mereka tunggu itu sudah pun diturunkan, iaitu Nabi Muhammad saw. Walaupun para ulama’, ahli kitab dan ‘ilmuan mereka mengakui Rasullah saw menepati semua ciri ker

Lelaki Bertelur, Sudah Keluarkan Lebih 200 Telur Sejak 1998

Image
Advertisement Jakarta: Seorang warga emas mendakwa, dia boleh bertelur sejak 1998 dan setakat ini tiada siapa tahu punca fenomena itu. Kata Sinin, 62, polis juga pernah menyoal siasat - dan mengambil telurnya - selepas penduduk setempat kecoh mengenai ‘kelebihan’ dimilikinya. “Mula-mula telur itu keluar dari dubur saya tiga bulan sekali, tetapi kini saya bertelur lebih kerap,” katanya. Kini menetap di Penjaringan di Jakarta Utara, Sinin berkata, sehingga kini menurutnya, dia sudah mengeluarkan 202 biji telur, termasuk 100 biji yang keluar pada tahun 2000. Kata Sinin, sesetengah telurnya dibuang begitu saja, manakala sebahagian lagi diberi kepada sesiapa yang berminat. Menceritakan pengalamannya bertelur, Sinin berkata, mula-mula dia berasa sakit seperti memulas pada perut. Lama-kelamaan, menurutnya, dia akan mengeluarkan telur melalui proses sama seperti orang membuang air besar. Sehingga kini Sinin masih bingung untuk menjelaskan bagaimana kejadian itu be

Bagaimana Menjadi Muslimah First Class?

Image
mari menjadi muslimah high class Buat diriku dan hawa-hawa sekalian, try Motivatekan diri kita dengan mengatakan ini setiap hari: “Aku  Muslimah  High Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang. Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga. Syurga itu Mahal, di huni oleh orang-orang Mahal (High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah). Bukan yang sebaliknya. Maka aku memulakan langkah hari ini. Moga hari ini lebih baik dari semalam. Bismillah”. Muslimah  High Class ? Menyebutnya sahaja seakan memberi debaran pada diri. Rasa besar?. Rasa macam  too extreme ?  Rare ?  Impossible ? Bagaimana itu  muslimah High Class? Boleh berikan makna dalam bahasa yang mudah difahami? Begini,  High Class  dari pemahaman saya ialah suatu yang terbaik, berkualiti tinggi, mempunyai nilai yang sangat bermakna dan ukuran yang tinggi. Menyebut tentang  High Class , saya jadi teringat pada pesan mama: ”Jadi perempuan ni kena  High Class  sabarnya.  Kena kuat