Posts

Showing posts with the label sujud

Lelaki Tua Ini Meninggal Waktu Sujud Depan Ratusan Quran Di Masjidil Haram

Image
Seorang lelaki berumur, dilaporkan meninggal dunia, saat sedang sujud di Masjid Haram, Kota Mekah, Arab Saudi, Isnin (27/10/2014) kira-kira pukul 09.30 waktu Saudi Arabia. Tidak pula disebutkan identiti lelaki berbaju dan kheif khas lelaki Arab itu. Selain dari berita akaun media sosial @ 786IslamicQuote, Belum ada sumber yang berwibawa dari pihak pengelola dua Masjid Haram yang mengesahkan ketepatan berita foto ini. Laman berita berbahasa Inggeris, Arab News, yang biasa memuatkan berita di Mekah, Madinah, dan Jeddah, juga belum menyiarkan berita ini. Dari keterangan foto dalam bahasa Arab, ditulis, "Meninggal hari Ahad, 2 Muharram 1436 Hijriah di Masjidil Haram. Namun di akaun microsite Islamic Inspiration @ 786IslamicQuote, edisi Isnin (27/10/2014) yang memuat turun gambar ini, menulis, lelaki berumur ini meninggal dalam keadaan sujud di waktu solat Dhuha, di Masjid Nabawi, Madinah.  Solat Dhuha adalah ibadah solat sunnat dua rakaat yang digelar setelah matahari meninggi. Dari g...

Mati Di Sujud Terkahir Solat Pertama Selepas Memeluk Islam

Image
Kisah seorang imam di Barat yang menceritakan tentang pengalamannya pada suatu hari ketika dia berada di sebuah masjid. Dia didatangi oleh seorang lelaki yang berbadan besar. Rambutnya yang panjang itu diikat kebelakang. Pakaiannya yang tidak ubah seperti seorang gengster itu basah dengan peluh di badannya. Lelaki itu lalu berkata, “tunjukkan aku cara untuk ku memeluk Islam?” Lalu si imam bertanya,”siapakah kamu?” Lalu dijawabnya, “aku Carlos”. “Tunjukkan aku cara untuk aku menjadi seorang Muslim?” Lalu si imam pun mengislamkan Carlos. Berkali-kali dan betapa susahnya untuk dia mengucapkan kalimah syahadah, akhirnya berjaya diislamkan oleh imam tersebut. Lalu bertanya si imam, “apakah yang membuat mu ingin memeluk Islam?” Jawab Carlos, “aku sebenarnya langsung tidak tahu apakah itu Islam. Aku cuba mencari kebenaran di dalam hidup ku yang kosong”. “Suatu hari aku bermimpi cahaya datang kepada ku dan aku mendengar suara berkata, “Carlos, sekiranya engkau inginkan kebenaran, kamu masuklah...

Pengantin Mati Ketika Sujud Dalam Solat

Image
Gambar hiasan: Wanita muslimah memakaikan busana perkahwinan.   Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “ Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “ Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.” Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.” Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… s aya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!” Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkah...