Posts

Showing posts with the label Kassim Selamat

Tun Mahathir Nafi Anti Hadis

Image
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau dilabelkan sebagai seorang yang 'anti hadis' oleh orang-orang yang takut apabila pendapat agama mereka boleh dipersoalkan. "Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah SWT dalam Al-Quran," kata beliau di blognya, chedet.cc . Dr Mahathir berkata beliau dikritik sebagai anti hadis kerana didakwa telah menyokong Dr Kassim Ahmad, seorang ahli politik dan ahli akademik kontroversi. "Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah. "Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah SWT dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah?," kata bekas Perdana Menteri berusia 88 tahun ini. Beliau mengkritik mereka yang fasih dalam bahasa Arab, yang juga mungkin boleh bercanggah dalam pendekatan mereka terhadap agama. "Apakah kita wajib terima apa sa...