Posts

Showing posts with the label saman

Erma Fatima Bayar Saman Rabecca RM11,200 Dalam Bentuk Syiling 5 Sen

Image
PETALING JAYA – Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman terhadap Erma Fatima terkejut apabila menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen. Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran. “Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa. Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan ter Bhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah)...

Awas Jika Miliki 10 Saman (Ops Khas Cantas Trafik)

Image
Kuala Lumpur, 26 November : Pesalah trafik yang mempunyai lebih 10 saman diberi pilihan sama ada ke mahkamah atau membayar saman berkenaan segera bagi mengelak mereka ditahan dalam Ops Cantas Khas Trafik yang kini sedang giat dijalankan secara berperingkat ke seluruh negara. Dalam Op Cantas Khas Trafik yang diadakan di lima lokasi terpilih iaitu Jalan Davis menghala Bukit Bintang, Sri Petaling, Kepong, Kuchai Lama dan Lebuh raya DUKE, semalam seramai 18 individu ditahan. Pegawai Turus Penguat Kuasa Operasi Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, 18 individu ditahan membabitkan 442 pemeriksaan di lima lokasi sekatan jalan raya itu.   Menurutnya, Op Cantas Khas Trafik itu berlangsung selama empat jam bermula kira-kira  jam 10.30 pagi   dengan kekuatan enam pegawai dan 30 anggota. “Setiap individu yang ditahan memiliki sekurang-kurangnya satu waran tangkap atas kesalahan trafik. Seramai 13 individu menjelaskan saman berkenaan manak...

Semak Saman Trafik Online

Image
Semak saman trafik JPJ melalui Online : Hanya perlu memasukan no kad pengenalan atau masukan no kad pengenalan dan no plat kereta @ JPJ Online Semak saman Polis melalui SMS : Taip POLIS   SAMAN [NO KAD PENGENALAN]  hantar kepada  32728 contoh :   POLIS  SAMAN 701010011010  hantar kepada  32728 atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms : POLIS  SAMAN [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada  32728 contoh :   POLIS  SAMAN BHN786  hantar kepada  32728 Kalau mahu detail saman dihantar ke alamak email, taip POLIS  SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada  32728 Contoh :  POLIS  SAMAN BHN786  mustaqimmah@live.com.my  dan hantar ke  32728 Kepada yang dah tersenarai ada saman trafik boleh buat pembayaran saman  secara online di MyEG tapi mesti daftar jadi ahli. Selain semak saman trafik secara online dan SM...